Rakyat Malaysia di Lombok dilaporkan berada dalam keadaan selamat ketika ini berikutan berlakunya kejadian gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter semalam.
Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata kedutaan berjaya menghubungi 84 warga Malaysia di beberapa lokasi di Lombok setakat pagi ini dan dimaklumkan mereka berada dalam keadaan selamat.
"Kedutaan juga berjaya menghubungi para pelajar Malaysia yang menuntut di Bali dan mereka juga dilaporkan berada dalam keadaan selamat," katanya.
Gegaran gempa bumi kuat di Lombok Utara jam 6.46 petang semalam itu turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur.
Kedutaan Malaysia juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Lombok supaya kekal berada di tempat yang selamat dan menghindari kawasan berisiko termasuk bangunan yang mengalami kerosakan.
"Sebahagian kawasan di Lombok Utara dan Timur masih terputus bekalan elektrik dan warganegara Malaysia yang terkesan dinasihatkan untuk kekal tenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," katanya.
BACA: Gempa bumi skala 7 melanda Lombok Utara
BACA: Gempa Lombok: Sekurang-kurangnya tiga maut
BACA: Menteri Undang-Undang Singapura terkandas dalam insiden gempa bumi di Lombok
Rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Lombok dalam masa yang terdekat diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan semasa, katanya.
"Mereka diminta untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan memaklumkan kepada kedutaan.
Rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 81380813036 (WhatsApp) serta emel [email protected] / [email protected]," katanya.
Menurut laporan media Indonesia, setakat pagi ini, 82 orang dilaporkan terkorban, bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan, manakala banyak kerosakan bangunan dan rumah dilaporkan berlaku di seluruh pulau Lombok itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 06 2018

Orang ramai di daerah Ampenan panik susulan kejadian gempa bumi di Mataram, Lombok, Indonesia, 5 Ogos, 2018. Antara Foto/Ahmad Subaidi/ via REUTERS

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Rizky Febian, Mahalini nikah kali kedua susulan kontroversi perkahwinan tidak sah
Rizky Febian, Mahalini menjalani akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan pada 27 Disember lalu.

Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".

Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.

Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali kini melaksanakan saringan suhu bagi setiap ketibaan antarabangsa sebagai sebahagian daripada langkah biosekuriti yang dipertingkatkan.

103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.

TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).

TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.

Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.

Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.