Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India dikehendaki meninggalkan buat sementara wilayah atau kawasan tersebut dengan serta-merta.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad (STMI) menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan, situasi keselamatan di kawasan sempadan India-Pakistan, terutama di 'line of control (loc)', kini tegang dan semakin membimbangkan berikutan beberapa insiden melibatkan angkatan tentera kedua-dua negara itu.
Menurut Suruhanjaya itu, pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan situasi berkenaan.
"Warganegara Malaysia di Pakistan dikehendaki sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan, termasuk memastikan segala dokumen pengenalan diri dan perjalanan sentiasa tersedia.
"Warga Malaysia juga diingatkan tidak melawat Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India serta mendapatkan nasihat perjalanan daripada pihak berwajib, sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan," menurut catatan itu.
BACA: Konflik dua kuasa nuklear India-Pakistan
Rakyat Malaysia juga dikehendaki melaporkan sebarang pergerakan ke luar kawasan atau keberadaan mereka di sesuatu tempat kepada pihak STMI dan mematuhi sebarang arahan pihak berkuasa Pakistan dari semasa ke semasa.
Media hari ini melaporkan ketegangan antara New Delhi dan Islamabad dengan kedua-duanya merupakan kuasa nuklear, semakin memuncak sejak serangan pengganas di Pulwana, India pada 14 Feb lalu yang menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dan ramai tercedera.
Menurut laporan, kumpulan militan berpangkalan di Pakistan, Jaish-e-Mohammed, mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 27 2019
Rakyat Malaysia juga dikehendaki melaporkan sebarang pergerakan ke luar kawasan atau keberadaan mereka di sesuatu tempat kepada pihak STMI. - Foto REUTERS
Greenpeace, negara selatan global kritik perjanjian COP29
Greenpeace mengkritik perjanjian yang dicapai pada COP29, dengan menuduh perunding telah tunduk kepada kepentingan negara pengeluar minyak.
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Rakyat Malaysia diminta tinggalkan Azad Jammu, Kashmir segera
Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India dikehendaki meninggalkan buat sementara wilayah atau kawasan tersebut dengan serta-merta.