Bermula dengan desas-desus dan kemudian menjadi kisah yang ditularkan di pelbagai platform media sosial, akhirnya tanda tanya mengenai status kesihatan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disahkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan memberitahu, pemain perseorangan yang banyak mengharumkan nama negara di gelanggang berprestij itu disahkan telah didiagnosis dengan kanser hidung peringkat awal.
Chong Wei kini dikhabarkan menerima rawatan di Taiwan, sambil ditemani ahli keluarga dan rakat karibnya.
Dalam pada semua pihak diminta menghormati privasi beliau, pelbagai lapisan masyarakat sudahpun menghulurkan kata-kata simpati, ucapan semangat dan mendoakan Chong Wei supaya segera sembuh.
Dari pemimpin negara ke ahli politik, hinggalah kepada rakan atlet, selebriti dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya, masing-masing menyampaikan ucapan mereka menerusi pelbagai platform media sosial.
BACA: Chong Wei pulang ke Malaysia dua, tiga minggu lagi - BAM
Antara yang terawal menzahirkan ucapan dan kata-kata semangat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memulakan thread mengenai khabar tersebut:
Selain itu, pengacara selebriti Neelofa turut tidak ketinggalan mengulang tweet Astro AWANI berkenaan berita Chong Wei:
Rata-rata netizen juga menyampaikan kata-kata semangat kepada bekas pemain nombor satu dunia tersebut menerusi laman sosial Twitter.
Ada juga yang turut tampil dengan ucapan semoga cepat sembuh kepada Chong Wei dan tabah dalam menghadapi dugaan.
Sebelum ini, Chong Wei menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China dan juga Sukan Asia 2018 di Jakarta Indonesia ekoran masalah pernafasan yang dialaminya.
Astro Awani
Sat Sep 22 2018

Ramai pihak mahu Chong Wei banyakkan berehat dan segera sembuh. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

BAM mahu Chong Wei rehat secukupnya sebelum pulang ke Malaysia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Chong Wei begitu bersemangat untuk pulang ke tanah air.

Doa netizens untuk Chong Wei
Bersatu di belakang bekas wira badminton nombor satu dunia, para netizens hari ini menyatakan kasih dan doa bagi Datuk Lee Chong Wei.

Rakyat Malaysia hujani media sosial dengan kata-kata semangat buat Chong Wei
Khabar mengenai jaguh badminton negara yang didiagnosis dengan barah hidung membuatkan ramai tampil simpati dan mengharapkan kesembuhannya.

Chong Wei hidap barah hidung peringkat awal, kini menerima rawatan - BAM
Kenyataan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tentang Datuk Lee CHong Wei mengesahkan desas-desus dan laporan yang tular sejak beberapa hari lalu.