Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Profesor P. Ramasamy melahirkan rasa kesal kerana telah melabelkan tokoh pendakwah Islam dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
Dalam kenyataan media pada selasa, Ramasamy berkata beliau kesal kerana kenyataan tersebut yang dibuat dalam laman Facebook rasmi beliau telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Kenyataan kekesalan Ramasamy tersebut menyusul lapan jam selepas pusat khidmatnya yang terletak di Taman Chai Leng, Prai telah dilontar molotov cocktail pada awal Selasa.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu disedari seorang petugas pusat khidmat Ramasamy selepas terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.
Pemeriksaan mendapati hanya berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu premis berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat di balai polis Taman Chai Leng sejurus kejadian.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan berkata siasatan masih dijalankan.
Dalam kenyataan medianya, Ramasamy mengakui telah memuat naik status yang melabelkan Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ kerana mendakwa pendakwah itu telah menimbulkan kebencian terhadap agama lain, selain dari Islam pada Ahad.
BACA: GPMS P. Pinang kutuk Ramasamy gelar Dr Zakir Naik 'syaitan'
Tidak sesuai
Ramasamy berkata beliau kemudian menyedari yang perkataan ‘syaitan’ itu tidak sesuai dan telah memadamkan perkataan tersebut dari halaman Facebooknya pada hari yang sama.
Bagaimanapun, menurutnya status dengan perkataan ‘syaitan’ tersebut telah menjadi viral di media sosial, menyebabkan beliau dituduh sebagai anti-Islam dan anti-umat Islam.
Justeru, Ramasamy menegaskan beliau tidak berniat menyinggung perasaan umat Islam tetapi ia ditujukan kepada Dr Zakir semata-mata.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan polis tidak membenarkan forum “Persamaan antara Hindu dan Islam” oleh Dr Zakir yang dijadual berlangsung di kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ahad ini, diteruskan.
Khalid dilaporkan berkata keputusan itu dibuat ‘demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia’.
Astro AWANI juga melaporkan Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh mahu membuat aduan polis di seluruh negara bagi menghalang penceramah kontroversi itu memberi ucapan di negara ini.
Pada Ahad lalu, lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari india itu.
Astro Awani
Tue Apr 12 2016

Ramasamy menyatakan kekesalan atas kenyataan yang dibuat dalam laman Facebook rasmi beliau. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ramasamy kesal menggelarkan Dr Zakir Naik 'syaitan'
Kenyataan kekesalan Ramasamy tersebut menyusul lapan jam selepas pusat khidmatnya yang terletak di Taman Chai Leng, Prai telah dilontar molotov cocktail pada awal Selasa.

Pejabat ADUN DAP Prai, P Ramasamy, dilempar molotov cocktail
Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari seorang pekerja di pejabatnya, selepas terdengar bunyi letupan.