Rapid Rail Sdn Bhd pengendali perkhidmatan LRT dan Monorel di Lembah Klang memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang atas kelewatan jadual perjalanan yang berlaku sejak pagi tadi.
Kelewatan tersebut berlaku adalah kerana hanya 16 daripada 32 tren yang dapat beroperasi pada pagi Isnin.
“Hal ini disebabkan masalah bekalan kuasa yang dihadapi di depoh baru LRT Rapid KL di Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB), Puchong pada pukul 6.16pagi tadi (Isnin).
“Masalah bekalan ini telah menyebabkan tren tidak dapat bergerak keluar dari depoh,” kata kenyataan yang dikeluarkan Prasarana Malaysia Berhad.
Tambah Prasarana, tren baharu AMY hanya dapat dikeluarkan dari depoh selepas jam 7 pagi setelah bekalan kuasa pulih sepenuhnya.
Masalah ini telah menyebabkan pengguna terpaksa menunggu tren lebih lama khususnya di stesen pertukaran Chan Sow Lin.
Dalam pada itu, perubahan ini tidak disambut baik oleh para penumpang, lebih-lebih lagi selepas kesesakan teruk berlaku pagi ini.
Kebanyakan penumpang merungut di media sosial berkenaan kesesakan melampau di beberapa stesen seperti Chan Sow Lin.
Mulai 17 Julai 2016, laluan terus dari Sentul Timur ke Putra Heights dikenali sebagai Laluan Sri Petaling.
Laluan Ampang ditukar kepada laluan pengantara dari stesen Ampang ke Stesen Chan Sow Lin
Pengguna dari Laluan Sri Petaling yang ingin ke Laluan Ampang harus turun di Stesen Chan Sow Lin untuk bertukar platform ke Laluan Ampang, manakala penumpang dari Ampang yang ingin ke Sentul Timur atau Putra Heights harus bertukar platform di stesen yang sama.
Para penumpang dimohon untuk merujuk kepada notis penunjuk arah dan pengumuman dari sistem siaraya di stesen atau kakitangan bertugas sekiranya perlu.
Azyyati Ahmad
Mon Jul 18 2016
Kelewatan tersebut berlaku adalah kerana hanya 16 daripada 32 tren yang dapat beroperasi pada pagi Isnin.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Rapid KL mohon maaf kelewatan jadual perjalanan tren LRT
Rail Rail Sdn Bhd pengendali perkhidmatan LRT dan Monorel di Lembah Klang memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang.
Pelukis grafiti warga Belanda ditahan ceroboh stesen LRT Chan Sow Lin
Suspek berusia 34 tahun itu cuba memanjat pagar LRT di kawasan bawah jejambat berhampiran Balai Polis Pudu, dipercayai untuk melukis grafiti.
Kejadian tetak dan tembak di Chan Sow Lin bagai filem aksi - Saksi
Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berdepan detik cemas selepas dia dan rakannya diserang penjenayah yang bersenjatakan parang.
Pengawal peribadi halang penjenayah serang 'Datuk' dengan parang
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penjenayah itu bersama seorang rakannya telah menyerang 'Datuk' terbabit yang sedang bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan itu.