Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya meliputi maklumat asas sebagai panduan kepada ahlinya dalam menguruskan simpanan persaraan mereka dan tidak menjejaskan perniagaan perunding kewangan swasta.
Pegawai RAS cawangan Seberang Jaya, Pulau Pinang Wan Nur Hafizah Chik Wan Ismail berkata perkhidmatan berkenaan yang diberikan secara percuma kepada ahli KWSP tidak menyediakan laporan perancangan kewangan atau persaraan penuh seperti yang disediakan oleh perunding kewangan swasta.
Kata beliau perkhidmatan berkenaan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan ahlinya tentang kepentingan mempunyai perancangan persaraan.
"Kami tidak menyediakan laporan perancangan kewangan ataupun persaraan penuh. Hanya nasihat asas untuk perancangan kewangan dan persaraan yang rata-rata ahli tidak tahu dan tidak sedar pun akan kepentingannya," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini baru-baru ini.
Wan Nur Hafizah berkata RAS diwujudkan atas keprihatinan KWSP terhadap fakta dan perangkaan yang menunjukkan bahawa 65 peratus daripada ahlinya yang telah mencapai umur 54 tahun mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah.
"Kebanyakan ahli menghabiskan simpanan KWSP dalam jangka masa tiga hingga lima tahun sedangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia pula semakin meningkat," katanya.
Wan Nur Hafizah berkata objektif RAS diwujudkan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pencarum KWSP tentang kepentingan perancangan persaraan sebelum pengeluaran simpanan dibuat.
"Kami nak bagi nasihat sebelum pengeluaran dibuat supaya mereka ada satu keputusan yang terbaik yang kami panggil 'informed decision' iaitu bagaimana untuk menguruskan simpanan persaraan mereka nanti," katanya.
Beliau berkata bagi ahli KWSP yang berumur 35 tahun ke bawah, khidmat nasihat yang diberikan pegawai RAS adalah lebih tertumpu kepada perancangan kewangan serta sasaran simpanan menjelang umur persaraan.
Bagi ahli yang berumur melebihi 35 tahun, khidmat nasihat adalah lebih tertumpu kepada pengurusan simpanan persaraan agar mampu bertahan lama serta boleh membiayai kos sara hidup selepas bersara, katanya.
Katanya selain khidmat nasihat perancangan kewangan dan persaraan, pegawai RAS juga memberikan khidmat nasihat berkaitan produk KWSP selain memberikan panduan untuk berurusan dengan agensi yang berkaitan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016

Perkhidmatan berkenaan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan ahlinya tentang kepentingan mempunyai perancangan persaraan.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari, RM52.48 bilion i-Sinar diluluskan - Tengku Zafrul
Kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

RAS tidak gugat perunding kewangan swasta
Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang diberikan oleh KWSP hanya meliputi maklumat asas sebagai panduan kepada ahlinya dalam menguruskan simpanan persaraan mereka.

KWSP perluas khidmat nasihat persaraan di tiga lagi cawangan
Selain di Ipoh, Perak inisiatif strategik khidmat RAS turut dilancarkan di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.