Rasuah dalam perkhidmatan awam turun ke paras 'amat rendah' sejak kerajaan baharu memimpin negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
"Pada masa ini, ia (rasuah) amat, amat rendah. Kita sebenarnya tidak menerima laporan mengenai rasuah sejak kerajaan baharu mengambil alih. Sebagaimana yang diketahui, dalam kerajaan terdahulu, ramai bercakap mengenai rasuah dalam kerajaan.
"Dari satu sudut, kita telah berjaya mengurangkan kes rasuah. Namun, mungkin masih terdapat rasuah dan mungkin tidak dapat dikesan oleh kita," kata beliau semasa menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana masalah rasuah dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.
Pemberita menemui Dr Mahathir selepas beliau melancarkan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ditanya sama ada terdapat perangkaan terkini mengenai rasuah, beliau berkata: "Tiada".
Semasa ditanya mengenai sama ada Malaysia bersedia untuk pilihan raya majlis tempatan, Dr Mahathir berkata ia tidak mungkin berlaku dan menambah bahawa pilihan raya itu akan mewujudkan konflik perkauman dan perpecahan di bandar dan luar bandar.
"Tiada pilihan raya majlis tempatan. Pilihan raya majlis tempatan boleh memberikan hasil yang salah. Bandar mungkin berbeza, luar bandar mungkin berbeza. Konflik boleh berlaku dan mungkin perbezaan perkauman," katanya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata pada Julai lepas bahawa kementerian berhasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa tiga tahun dan pilihan raya itu hanya dapat dilakukan setelah "keadaan kewangan dan ekonomi negara stabil".
Menjawab soalan jika Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menerima keputusan kerajaan bahawa Pulau Kukup harus dikekalkan sebagai taman negara, Dr Mahathir berkata: "Itu pendirian kerajaan persekutuan. Saya harap Johor akan terima. Kita tidak menyentuh mengenai Sultan.
"Apa yang kita katakan ialah Pulau Kukup tidak perlu dibangunkan, ia harus kekal sebagai hutan simpan terutamanya sebagai hutan bakau. Kita tidak mahu hutan bakau ditebang untuk membangunkan pulau itu."
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata tanah itu mungkin milik Sultan atau Sultanah tetapi ia tidak boleh dibangunkan.
Mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa kerajaan persekutuan tidak boleh terlibat dalam perkara tanah negeri, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia dan kerajaan Persekutuan bukan orang luar.
"Sebaliknya, kami (kerajaan persekutuan) bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku di negara ini," katanya.
Mengenai catatan Instagram cucunya, Melia Serena Mukhriz, yang merujuk peserta perhimpunan menolak ratifikasi ICERD sebagai 'menjijikkan', Dr Mahathir menjawab beliau bebas untuk memberi komen, dan berkata: "Anda boleh bertanya kepadanya."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 10 2018

Dr Mahathir merasmikan I-Tegur sambil disaksikan Zuraida dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Pemerkasaan PBT bertemakan 'Bandar Kita Milik Kita' di PICC, 10 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

NRES kaji kaedah terbaik pulihara hutan terputus daripada hidupan liar
Nik Nazmi berkata habitat yang terjejas merupakan isu utama dalam konflik manusia-hidupan liar.

NRES mulakan libat urus berkaitan perdagangan karbon
Nik Nazmi berkata, ini termasuk inisiatif dan dasar pasaran karbon yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar
Kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar.

Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang

Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah
Ia bagi mengelak berlaku bencana alam yang lebih buruk.

SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis
Dr Annuar berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri Sarawak dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.

Budak merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keletihan
Aliesah Aslan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat dan sedikit keletihan.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Kebakaran hutan, kediaman di Korea Selatan diburukkan lagi dengan angin kencang
Api merebak dengan pantas ke kawasan perumahan disebabkan angin kencang, lalu memusnahkan 103 hektar kawasan hutan, rumah dan bangunan lain.

Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) meminta semua pihak agar tidak terlalu bimbang dengan angka jangkaan kehilangan hutan sepertimana yang dilaporkan oleh RimbaWatch baru-baru ini.