Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi rawatan pasca pembedahan terbaik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya beliau akan berunding dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan pasca pembedahan sehingga Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan, sembuh sepenuhnya.
"Kerajaan bersetuju agar (beliau) memilih doktor dan peralatan serta rawatan pasca pembedahan yang terbaik. Ini adalah permintaan keluarga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Actyvate di iM4U Sentral di sini, malam ini.
Petang tadi, Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis melawat Anwar yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Anwar menjalani pembedahan di bahagian bahu kanannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari HKL ke Penjara Sungai Buloh pada 22 Sept lepas.
Anwar menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya itu di HKL pada Ahad lepas.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Anwar di HKL.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Anwar telah mengalami kesakitan di bahu kanannya susulan kemalangan itu.
Berikutan itu, Jabatan Penjara memutuskan supaya Anwar diberi rawatan segera, katanya.
Ditanya reaksi Anwar ketika menerima kunjungannya di HKL petang tadi, Ahmad Zahid berkata "beliau menerima (kunjungan) kami dengan baik".
"...perdana menteri dan isteri mengetepikan perbezaan politik untuk menziarahi beliau," katanya.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menyaran kepada generasi muda supaya sentiasa melontarkan idea-idea baharu yang inovatif dan kreatif untuk melaksanakan program bagi merancakkan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menyokong Actyvate, satu pergerakan belia kebangsaan bagi menzahirkan daya kreatif dan inovasi selaras dengan transformasi negara, akan mengamit idea baharu daripada generasi muda.
Beliau berkata Actyvate, menerusi paltform ‘crowd pledging’ atas talian, golongan belia digalakkan untuk mencadangkan projek kreatif, mendapat sokongan dan menjana dana bagi merealisasikan projek tersebut
Beliau berkata projek yang berjaya mencapai sasaran dana boleh merebut peluang untuk menerima dana yang dipadankan.
“Actyvate merupakan inisiatif belia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang disokong Najib dan dipacu iM4U dan Malaysian Global Innovation Creativity Centre (MaGIC).
Projek yang diiktiraf pihak Actyvate berpotensi memberi kesan besar kepada masyarakat boleh menerima dana padanan sehingga had maksima RM50,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017

Ahmad Zahid berucap pada majlis Pelancaran 'Blue Ocean Youth Movement' di IM4U Sentral, Puchong, malam ini. --fotoBERNAMA

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Rawatan pasca pembedahan terbaik buat Anwar - TPM Zahid
Beliau akan berunding dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara untuk memberi rawatan pasca pembedahan sehingga Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan, sembuh sepenuhnya.