Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.
Malahan, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.
"Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman sembilan bulan yang dijatuhi oleh hakim mahkamah sesyen kepada penjara bagi tempoh satu tahun dan hukuman itu berkuat kuasa hari ini," katanya.
Dalam ringkasan penghakimannya, Abdul Halim berkata, penerbitan kata-kata itu (kata-kata menghasut) adalah satu penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
"Terhadap apa yang dinyatakan tertuduh (Wan Ji) ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya adalah sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh," katanya.
Menurutnya, apa yang diterbitkan daripada penerbitan itu bukan sahaja sesuatu yang menghasut malah ia cuba menanam sifat kebencian rakyat terhadap Institusi Raja- Raja.
"Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-Raja.
"Walaupun sebagai warganegara kita diberi banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan," katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa satu lagi prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
"Kehidupan kita dirangkumi adab dan tatasusila yang sering amalkan apatah lagi dalam situasi DYMM Sultan adalah Ketua agama Islam.
Bukan sahaja penghormatan wajar diberikan, malahan wajar diutamakan.
Sultan adalah payung negeri, tempat rakyat bernaung di bawahnya," katanya.
Sementara itu, Wan Ji, 37, menerusi peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin memohon penangguhan perlaksanaan hukuman atas alasan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun Hakim memerintah peguam memfailkan permohonan penangguhan tersebut secara rasmi.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.
Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.
Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.
Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.
Sinar Harian
Tue Jul 09 2019
Hakim meminda hukuman Wan Ji kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan. -Foto Sinar Harian
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Rayuan ditolak, hukuman penjara 9 bulan Wan Ji dipinda kepada setahun
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.
Ketua kongsi gelap ke tali gantung bunuh mekanik
Hakim menolak pembelaan tertuduh bahawa dia dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan berpendapat segala penafian tertuduh tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah.