"Kalau boleh, saya teringin sangat nak jadi macam dulu, boleh ke sekolah dan boleh ke mana-mana sahaja tanpa menggunakan alat bantuan jantung," luah Mohd Hamirul Mohd Rosdi.
Mohd Hamirul, 20, dari Kampung Pinang Merah, Paka, di sini terpaksa bergantung dengan alat bantuan jantung 'Ventrical Assist Device (VAD) setelah disahkan menghidap penyakit jantung sejak lima tahun lalu ekoran jantungnya membengkak dan kedua-dua injap jantungnya bocor.
"Saya nak duduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sebab saya bercita-cita nak jadi seorang anggota polis...nak berjaya dan balas jasa keluarga yang telah banyak berkorban untuk saya.
Sebenarnya saya pernah duduki SPM sebanyak dua kali pada 2014 dan 2015 ...tapi saya tak dapat sijil SPM sebab tak sempat nak habiskan semua kertas yang saya ambil kerana mendapat serangan jantung," katanya.
Beliau ditemui Bernama di kediamannya selepas menerima rawatan doktor dan jururawat daripada Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.
Kehidupan anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu terus diuji setelah diserang strok Julai tahun lepas hingga menyebabkannya terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi bagi pesakit strok setelah koma selama tiga minggu.
"Saya reda dengan ujian ini...saya kuat kerana keluarga saya sentiasa di sisi dan ibu serta abang saya selalu beritahu supaya saya terus bersemangat dan kuat untuk melalui semua ujian ini.
Saya tak pernah rasa putus asa, saya nak sembuh dan kembali seperti dahulu...saya pernah koma, tak dapat berjalan...tapi saya kuat," katanya.
Sementara itu Perunding Kardiologi IJN Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi berkata pihaknya bersyukur dengan perkembangan positif yang ditunjukkan Mohd Hamirul dari hari ke hari.
"Alhamdulillah, keadaan Mohd Hamirul semakin stabil dan sihat dari hari ke hari...jika sebelum ini dia tak dapat berjalan, hari ini dia dah boleh berjalan walaupun tidak terlalu sempurna, katanya.
"Keadaan jantungnya juga semakin stabil dan kalau tengok keadaan diri Hamirul masa dia diserang strok dahulu memang agak teruk dengan keadaan terlantar...dia memang seorang yang kuat," katanya.
Azmee berkata Hamirul yang telah menjalani pembedahan jantung mekanikal sejak lima tahun lalu juga masih dalam senarai untuk menunggu penderma jantung yang sesuai.
"Semua pesakit yang memakai jantung mekanikal ini kita masukkan dalam senarai pesakit untuk buat transplan...tetapi kalau nak buat transplan pemindahan jantung, komplikasinya agak tinggi untuk pesakit yang diserang strok.
"Untuk Hamirul, kami nak dia benar-benar stabil, dan bila strok dia dah benar-benar pulih, barulah boleh dijalankan pemindahan jantung kalau ada jantung yang sesuai tetapi dalam keadaan sekarang, memang masih belum dapat dilakukan transplan," katanya.
Ibu Hamirul, Norhaliza Yusof, 50, berkata beliau berterima kasih kepada IJN dan Yayasan IJN yang berkunjung ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan terhadap anaknya.
"Saya bersyukur bila IJN datang ke sini untuk merawat Hamirul, ini merupakan kali kedua...kalau tak, kami kena pergi sendiri ke IJN untuk rawatan Hamirul.
Alhamdulillah, Hamirul dah boleh berjalan perlahan-lahan dan dia pun dah dapat bercakap. Dia menjalani rawatan refleksologi di Hospital Dungun seminggu sekali untuk pergerakan kaki dan tangan manakala setiap tiga bulan Hamirul menjalani terapi suara di Hospital Kemaman," katanya.
Norhaliza yang kematian suaminya Jun tahun lalu berkata beliau turut berharap agar Jabatan Kebajikan Masyarakat mempercepatkan bantuan untuk menampung kos perbelanjaan Hamirul.
"Saya tak bekerja, memang setiap kali nak menjalani rawatan di mana-mana, semuanya memerlukan kos...saya harap JKM dapat membantu dan saya telah permohonan sejak tahun lalu," katanya.
Sempena kunjungan tersebut, Norhaliza turut menerima sumbangan perubatan berupa wang tunai daripada Eksekutif Kanan Yayasan IJN Siti Fairus Abd Mohamed.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017
MOHD HAMIRUL: Saya teringin nak jadi macam dulu, boleh ke sekolah dan ke mana-mana sahaja tanpa menggunakan alat bantuan jantung. - fotoBERNAMA
[TERKINI] Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok
Seorang pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak akan dituduh di mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
[TERKINI] Punca kematian disebabkan kecederaan di dada
Laporan awal bedah siasat ke atas mayat seorang wanita warga emas yang disumbat ke dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada dada akibat dihentak objek tumpul.
Tambahan jam kerja syif jururawat adalah munasabah - KKM
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan jadual kerja syif jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang memerlukan mereka bekerja di wad hospital tambahan tiga jam seminggu sebagai munasabah.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai Jumaat
Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat mulai esok.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Kelantan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk berkuat kausa sehingga 23 November ini melibatkan seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan.
Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.
Tiga sungai utama Kelantan pada paras berjaga-jaga - JPS
Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari ini.
AWANI Ringkas: Ketegasan Malaysia tidak jejas hubungan dengan AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok - Polis
Pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Saya serang Israel habis-habisan, tak tahu apa lagi cara boleh buat" - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tegaskan dalam konteks anggota UN, perkara yang dianggap hak keanggotaan itu yang disebut de facto tapi kita tidak pernah iktiraf dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang. #SisiTVParlimen
Cadangan semakan yuran, IJN sambut baik perbincangan bersama KKM
IJN menyambut baik keputusan untuk mengadakan perbincangan konstruktif berhubung cadangan semakan yuran bagi pesakit yang dirujuk oleh KKM.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung
Beliau dimaklumkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).
IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia
Kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland dan Belanda sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.