Seorang remaja lelaki disyaki terbabit dalam 11 kes samun berkawan menggunakan parang panjang di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ditahan dalam satu serbuan di Taman Sejahtera di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis berjaya menahan remaja berusia 18 tahun itu pada kira-kira 10 malam dan dipercayai dua lagi rakannya masih bebas.
"Sasaran geng samun itu adalah mangsa yang baharu balik kerja atau jalan bersendirian dan mereka akan mengacukan parang panjang dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang serta barang berharga," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya kini menggiatkan operasi mengesan dua rakan suspek berusia 20-an yang telah dikenal pasti identiti mereka.
Katanya remaja berusia 18 tahun itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Dalam kes lain, Nik Ros Azhan berkata polis berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan mencuri komponen kenderaan milik pelanggan sebuah bengkel di kawasan Perniagaan Sungai Rambai di sini, pada Khamis.
Katanya lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di belakang sebuah restoran di Lorong Tembikai 1 di sini, kira-kira 10 pagi dan polis merampas pelbagai komponen kenderaan yang dicurinya.
"Modus operandi lelaki yang juga bekerja sebagai mekanik itu ialah mengumpil kenderaan pelanggan di bengkel-bengkel kereta di beberapa lokasi sekitar Bukit Mertajam sebelum mengambil komponen yang boleh digunakan."Susulan penahanan lelaki itu, polis merampas sebuah kereta Proton Iswara, satu set lampu hadapan kereta,sebuah bumper kereta warna kelabu, sebuah bumper kereta warna hitam dan nombor pendaftaan,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2017

Sasaran geng samun itu adalah mangsa yang baharu balik kerja atau jalan bersendirian. - Gambar hiasan

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Hanya pengamal perubatan berkelayakan dibenar diagnosis penyakit mental
Pengamal perubatan berkenaan termasuk pakar psikiatri dan pegawai perubatan yang kompeten dalam menilai keadaan psikologi pesakit.
Elakkan jualan panik dalam ketidaktentuan pasaran
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, jualan panik oleh pelabur sering didorong oleh emosi dan bukannya analisis rasional. Pelabur perlu menilai kekuatan syarikat berdasarkan faktor seperti pertumbuhan pendapatan, model perniagaan yang berdaya tahan dan prospek jangka panjang.
Pemuda PAS bantah, dakwa hak pemilik terabai
Pemuda PAS Malaysia membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) kerana mendakwa perubahan nilai ambang kelulusan projek boleh menafikan hak golongan minoriti.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, menjelaskan bahawa ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus boleh menyebabkan pemilik minoriti terpinggir.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri, menjelaskan bahawa ketetapan baharu yang menurunkan nilai ambang kepada 80 peratus, 75 peratus dan 51 peratus boleh menyebabkan pemilik minoriti terpinggir.

Sektor automotif Malaysia beralih kepada pertumbuhan e-mobiliti - Tengku Zafrul
Malaysia menyasarkan untuk menerajui rantau ini dalam teknologi mobiliti pintar dan cekap tenaga, dengan penekanan kepada R&D dan kerjasama global.

Wang tunai RM170 juta, 16kg jongkong emas dalam 3 peti besi di 'safe house' - Azam Baki
Wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu kepada Ismail Sabri.

Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Gaza berdepan keruntuhan kemanusiaan yang belum pernah terjadi
Bilik Gerakan Kerajaan bagi Intervensi Kecemasan di Wilayah Selatan (Semenanjung Gaza) memberi amaran mengenai malapetaka kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza.

Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka hari ini
Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST), dibuka bermula hari ini.

Garis panduan baharu penyediaan RMK13 tangani ketirisan, kelewatan projek - Rafizi
Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah memperkenalkan Garis Panduan Penyediaan RMK13.

Pihak berkuasa Thailand akui sukar bezakan mangsa dan 'scammer'
Pihak berkuasa Kemboja menyatakan, mereka tiba secara sukarela untuk terlibat dalam aktiviti haram, malah dilabel sebagai suspek jenayah.

Kerana cinta ditolak, lelaki serang dan ugut bunuh pengawal keselamatan wanita
Suspek datang ke pondok pengawal keselamatan tempat mangsa bekerja untuk meluahkan perasaan cinta kepadanya, namun, hasrat itu ditolak oleh mangsa.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.