Tempoh reman seorang suspek tangkapan pertama penipuan pekerjaan sehingga mengakibatkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini, dilanjutkan tiga hari lagi, sehingga 3 Mac.
Permohonan lanjutan reman ke atas lelaki tempatan berusia 35 tahun itu diluluskan Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Permohonan perintah tahanan reman dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada Ahad lepas, untuk melanjutkan siasatan terhadap lelaki itu yang ditahan di rumahnya pada 23 Feb.
Sementara itu, dua lagi suspek kes penipuan pekerjaan berkenaan telah direman selama empat hari sehingga esok.
TONTON: Kes tipu pekerjaan Kemboja: Pasangan kekasih direman
Suspek lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 35 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua pada Ahad lepas.
Sehingga kini, 23 orang iaitu 18 lelaki dan lima wanita telah tampil membuat laporan polis berhubung kes ini.
BACA: Suspek kes tipu pekerjaan di Kemboja direman empat hari
Kesemua 47 rakyat Malaysia, termasuk 40 dari Sarawak, yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja itu, tiba di tanah air dari Kemboja pada 17 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 28 2019
Permohonan perintah tahanan reman dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada Ahad lepas, untuk melanjutkan siasatan terhadap lelaki itu yang ditahan di rumahnya pada 23 Feb. - Gambar fail
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.