Gara-gara video pekerja-pekerja mencuci pinggan di kawasan lopak air di belakang premis yang tular di media sosial, pengurusan restoran daun pisang Raj's Banana Leaf Bangsar diarah menutup operasi serta-merta.
Notis perintah tutup itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pukul 9.20 pagi tadi sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran DBKL, Dr Chandrakant Patel berkata pihaknya difahamkan restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang terhad menyebabkan pekerja-pekerjanya terpaksa mencuci pinggan di luar premis.
"Apa yang diviralkan dalam media sosial itu adalah kerana mereka (pekerja) tidak mempunyai ruang pembersihan mencukupi.
"Kami akan membuat pemeriksaan kebersihan di sekitar premis tersebut sebelum menghubungi mereka untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi kebersihan di premis itu di sini, hari ini.
Katanya tahap kebersihan restoran itu berada di gred A selepas pemeriksaan pada tahun lalu dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.
Kira-kira 10 pegawai penguatkuasaan dari DBKL, Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kesihatan Malaysia hadir ke premis itu bagi menjalankan pemeriksaan selepas mendapat aduan mengenai video viral itu sejak semalam.
Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat itu, seramai enam pekerja restoran itu dilihat mencuci pinggan di kawasan lopak air belakang premis itu yang telah ditonton lebih 270 ribu pengguna media sosial sejak malam tadi.
Namun, pihak pengurusan restoran itu kemudiannya tampil memohon maaf menerusi Facebook berhubung insiden itu dengan menawarkan makanan percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 30 2018

Notis perintah tutup itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pukul 9.20 pagi tadi sehingga tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Raj's Banana Leaf tak hanya cuci guna air lopak, tapi...
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap restoran makanan daun pisang, Raj's Banana Leaf di sini.

Restoran Raj's Banana Leaf Bangsar diarah tutup - DBKL
Gara-gara video pekerja-pekerja mencuci pinggan di kawasan lopak air, pengurusan restoran daun pisang Raj's Banana Leaf Bangsar diarah menutup operasi serta-merta.