Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung ketika ribut kuat melanda, dalam kejadian di Bukit Cabang, Padang Besar malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Hafiz Johari, 28, dan isterinya Siti Asmah Abdul Khalid, 27, yang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak hari ini, serta Konstabel Muhamad Amirul Naim Aziz, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian itu berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Muhammad Amirul Naim bertembung di simpang Bukit Cabang dengan Nissan Murano dipandu Hafiz yang datang dari arah Kangar.
"Konstabel polis terbabit dalam perjalanan pulang dari rumah mentuanya di Padang Besar ke Seriab di Kangar bersama isteri Ku Noor Shakila Ku Sharudin, 25, dan dua anak perempuan mereka, Mia Iris Safiya, 2 tahun dan Maya Iris Safiya, 4 bulan.
"Mia Iris Safiya berada dalam keadaan kritikal manakala Ku Noor Shakila dan Maya Iris Safiya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Unit Forensik HTF pagi ini.
BACA: Tiga maut, kereta bertembung ketika ribut di Padang Besar
Mohd Nor Marzukee berkata bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa akan dijalankan hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam satu lagi kemalangan, seorang remaja berumur 15 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebatang pokok yang tumbang melintang jalan akibat dipukul ribut kuat di Jalan Tandop Kampung Baru Tok Kuning dekat Kangar kira-kira 11.45 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew, mangsa Muhammad Kamal Haikal Roslan menaiki motosikal bersama seorang rakan dari rumahnya di Kampung Baru Tok Kuning menuju ke Jalan Datok Ali, Kangar.
"Dalam keadaan ribut dan hujan, remaja itu dipercayai merempuh pokok yang melintang jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya dihantar ke HTF untuk diberi rawatan," kata Wari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
Bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa akan dijalankan hari ini. - Astro AWANI
"EU beri layanan tidak adil kepada AS" - Trump
Donald Trump menzahirkan rasa kesal atas ketidakadilan dari segi layanan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Amerika Syarikat.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Namun pada masa sama beliau memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) akan terus dibekalkan ke rantau itu.
Donald Trump umum akan bertemu Putin dalam masa terdekat
Jelas Trump, pertemuan itu bagi menamatkan perang hampir tiga tahun dengan Ukraine yang disifatkannya sebagai peristiwa kehilangan nyawa yang besar.
Trump mahu atasi inflasi, kurangkan cukai
Trump menyatakan komitmennya untuk menangani isu inflasi dan imigrasi haram sambil meningkatkan pengeluaran bahan api fosil di negaranya.
Trump zahir hasrat turun harga minyak global
Pada masa sama Trump menzahirkan hasrat beliau untuk menurunkan harga minyak global.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Jelas Trump, beliau akan berbincang dengan Arab Saudi dan Opec bagi memastikan perkara itu direalisasikan.
Iran berharap perjanjian nuklear baharu di bawah Trump 2.0
Iran menyuarakan harapan pada Rabu untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Hakim halang perintah eksekutif Trump tamatkan kewarganegaraan kelahiran automatik
Hakim John Coughenour menyifatkan, perintah eksekutif tersebut sebagai "jelas tidak berperlembagaan."
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.
Kes wanita disyaki dibunuh di hotel, dua lelaki warga asing ditahan
Suspek direman selama enam hari hingga 6 Januari untuk membantu siasatan.
Mayat reput di Banting dipercayai milik remaja hilang di Kajang
Susulan penemuan mayat tersebut, polis sudah menahan tiga individu berusia lingkungan 16, 20 dan 51 tahun termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di UM mungkin dilakukan psikopat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 9 pagi, Rabu.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.