Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.
"Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.
"Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin," katanya apabila diminta mengulas satu laporan bahawa Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudahpun ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.
Menurut laporan itu, Muhyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum sumbangan itu dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerjasama keselamatan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di sini hari ini.
Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan T-shirt kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.
Bernama
Mon Aug 29 2016

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, beliau difahamkan mengenai simpanan itu, sebelum ia dikatakan daripada Arab, daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. - Gambar fail

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

RM1 bilion dalam akaun PM: Zahid minta Muhyiddin tunjuk bukti
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.