Bermula 1 Nov ini, semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing memasuki Malaysia melalui Johor akan dikenakan bayaran caj jalan raya (RC) sebanyak RM20.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem RC akan diaktifkan di dua laluan masuk darat di Johor iaitu di Tambak Johor dan Link Kedua.
Menurutnya, bayaran tersebut akan dikutip setiap kali kenderaan asing memasuki negara ini melalui sistem kad 'Touch n'Go'.
"Langkah awal kutipan ini hanya melibatkan kenderaan asing sahaja dan tidak termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Liow menggesa semua pemilik kenderaan asing supaya mendaftarkan maklumat kenderaan masing-masing dengan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi memastikan kelancaran aliran masuk ke Malaysia sebaik sahaja sistem itu dilaksanakan.
"Tidak boleh kelirukan dengan RC, sistem VEP adalah sistem pendaftaran kenderaan secara automatik dan ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan pemantauan dan kawalan sempadan.
"Ia juga adalah proses mengumpul data kemasukan kenderaan yang boleh diguna pakai untuk perancangan strategik, pengurusan dan tujuan penguatkuasaan secara berkesan," katanya.
Liow berkata pada awalnya, pelaksanaan RC dan kemudian sistem VEP hanya melibatkan kenderaan asing di dua laluan masuk di Johor sebelum diperluaskan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara.
Kementerian Pengangkutan akan menyediakan maklumat terkini dan pengumuman tarikh pelaksanaan sistem VEP nanti, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016
Pada awalnya, pelaksanaan RC dan kemudian sistem VEP hanya melibatkan kenderaan asing di dua laluan masuk di Johor sebelum diperluaskan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara. - Gambar fail
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
RRC Singapura tidak munasabah, Pemuda UMNO Johor bantah
Ketuanya berkata, rakyat Malaysia khususnya yang menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura, ketika ini menanggung kos perjalanan keluar masuk ke republik itu sebanyak RM145.08 sehari.
Malaysia hormati keputusan Singapura kenakan caj jalan raya
Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura berhubung keputusannya sebagai timbal balas terhadap Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk .
Singapura kenakan caj jalan raya S$6.40 untuk kemasukan kenderaan asing
RRC perlu dibayar bersama Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), tol dan ERP sewaktu meninggalkan Singapura dari pusat pemeriksaan Tuas atau Woodlands.
Caj jalan raya baharu: Kemasukan kenderaan Singapura tidak berkurangan
Beliau berkata ini kerana pengguna khasnya pelancong dari Singapura masih dapat menikmati pelbagai tarikan pelancongan dan makanan di Johor dengan kadar yang rendah serta kualiti memuaskan.
Singapura akan bertindak sepadan dengan caj jalan raya dikenakan Malaysia
Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor.
RM20 caj kenderaan asing masuk melalui Johor mulai 1 Nov
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sistem RC akan diaktifkan di dua laluan masuk darat di Johor iaitu di Tambak Johor dan Link Kedua.