Saksi ke-30, Norhayati Mohd Yunus dalam perbicaraan berhubung kes SRC International yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengesahkan tiga pemindahan yang berlainan berjumlah RM42 juta daripada akaun bank anak syarikat SRC International iaitu Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada dua akaun Najib.
Apabila pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya, Sulaiman Kho, Norhayati yang merupakan Pengurus Affin Bank cawangan The Curve mengesahkan tiga pemindahan yang berlainan dalam tempoh antara Disember 2014 serta Februari 2015 yang melibatkan RM27 juta, RM10 juta dan RM5 juta
Untuk rekod, Ihsan Perdana mempunyai tiga akaun semasa di Affin Bank cawangan The Curve dan dibuka pada 5 Ogos 2011, 5 Januari 2012 dan 1 Jun 2012.
Norhayati juga mengesahkan bahawa akaun Affin Bank milik Ihsan Perdana dengan nombor akhir 1108 telah memindahkan RM27 juta kepada akaun AmBank milik Najib dengan nombor akhir 880 pada 26 Disember 2014.
Ketika memberi keterangan, Norhayati berkata terdapat pemindahan berjumlah RM5 juta daripada akaun Affin Bank yang sama kepada akaun AmBank milik Najib yang berakhir dengan nombor 906 pada hari yang sama.
Pemindahan ketiga melibatkan RM10 juta pada 9 Februari 2015 daripada akaun Affin Bank kepada akaun AmBank milik Najib dengan nombor 880.
Beliau mengesahkan bahawa akaun Affin Bank yang dibuka pada 1 Jun 2012 merupakan akaun yang digunakan untuk membuat pemindahan wang tersebut.
Sebelum ini, Ihsan Perdana dikenali sebagai Gem Horizon Sdn Bhd sebelum syarikat tersebut menukar namanya dan ia merupakan syarikat yang mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi SRC International.
Isabelle Leong
Mon May 06 2019

Berlaku tiga tiga pemindahan berlainan daripada akaun bank Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada dua akaun Najib. - Gambar fail

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Bangladesh keluarkan waran tangkap terhadap bekas PM Sheikh Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa dua anggota, yang dipengerusikan Hakim Md Golam Mortuza Majumdar mengeluarkan waran itu pada Isnin di Dhaka.

Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika mana Lubnan berdepan krisis yang memerlukan kepakarannya.

Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Kedudukan wanita perlu dianggap setaraf dengan lelaki untuk bangunkan negara - Tun M
Kedudukan wanita dalam masyarakat perlu dianggap setaraf dengan lelaki kerana golongan itu juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun M sambut ulang tahun ke-98
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.

'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.

Rasuah punca kos sara hidup meningkat - Tun Mahathir
Kos sara hidup di Malaysia meningkat kerana rasuah berleluasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB didengar 7 Feb 2023
Prosiding pendengaran itu akan berlangsung secara fizikal pada 9 pagi di hadapan Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Saman Najib 'adalah serangan kolateral' terhadap kes berkaitan 1MDB - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa saman Najib terhadap Tommy Thomas atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam empat kes beliau membabitkan 1MDB adalah satu 'serangan kolateral.'