Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, di sini, pada November lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuching, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 12, 20 dan 21 November 2016.
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.
Siasatan lanjut mendapati mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan sekiranya enggan menuruti kehendak suspek.
Mahkamah dalam pada itu memerintahkan mangsa dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sesi kaunseling kerana mangsa didapati mengalami trauma teruk akibat kejadian tersebut.
Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan.
Astro Awani
Thu Dec 15 2016
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, Kuching pada November lalu.
Pasangan pengasas platform fesyen dalam talian dirakam keterangan hari ini - SPRM
SPRM akan merakam keterangan pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian tempatan hari ini bagi membantu siasatan terhadap kerugian pelaburan oleh Khazanah dan PNB.
Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan bertemu rakyat
Raja Permaisuri Agong, Raja Zatih Sofiah berangkat tiba di Wilayah Persekutuan Labuan untuk lawatan dua hari bertemu rakyat.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
Kakitangan universiti didakwa amang seksual anak tiri
Seorang kakitangan universiti didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuan, lima tahun lalu.
KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).
Dua lagi kes mpox varian berpotensi maut disahkan di UK
Dua lagi kes mpox dengan varian yang berpotensi membawa maut dikesan di United Kingdom melibatkan indicidu kontak rapat kes pertama.
Lebih 1,500 cerun berisiko tinggi di seluruh negara
Kementerian Kerja Raya maklumkan, sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi.
Parlimen: Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan rakyat mereka.
Lelaki rogol anak tiri ditambah hukuman penjara dan sebat
Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak tirinya hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan.
Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.