Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas kesalahan merogol cucu saudaranya sendiri minggu lalu.
Hukuman dijatuhkan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 45 tahun didapati merogol cucu saudaranya yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Larak Pendek, Kota Bharu pada 18 November lalu jam 5 hingga 5.30 petang.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dengan sebatan tidak lebih daripada 10 sebatan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diringankan hukuman namun dibantah timbalan pendakwaraya, Hajarul Fallena Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh dengan mengambil kira trauma dan kesan psikologi kepada mangsa.
Mahkamah menetapkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu bermula 20 November 2018.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah masuk ke bilik mangsa dan merogolnya ketika dia sedang tidur di sebuah rumah di Kampung Larak Pendek.
Tertuduh telah menutup mulut mangsa dengan tangan menyebabkan dia tidak dapat menjerit.
Pada keesokannya, tertuduh sekali lagi cuba merogol mangsa namun cubaannya gagal apabila bapa saudara mangsa pulang ke rumah.
Mangsa kemudiannya menghubungi talian 999 dan polis membawa mangsa ke Balai Polis Nilam Puri untuk membuat laporan.
Muhafandi Muhamad
Wed Nov 28 2018
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas kesalahan merogol cucu saudaranya sendiri minggu lalu. -Astro AWANI
Pelajar jatuh bumbung selepas khayal hisap vape di sekolah
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini cedera akibat terjatuh dari bumbung pejalan kaki dalam kawasan sekolah itu selepas dipercayai khayal setelah menghisap rokok elektronik (vape) pada Rabu.
Pakistan gesa usaha bersepadu menoktahkan ancaman iklim
Beliau berkata, untuk menoktahkan ancaman iklim, semua pihak harus berani ke hadapan untuk menyelesaikan masalah ini.
Sri Lanka bersiap sedia untuk mengundi Parlimen baharu
Sri Lanka mengetatkan kawalan keselamatan ketika pegawai pilihan raya membuat persiapan terakhir di Sri Lanka pada Rabu.
Mesyuarat Kabinet pertama selepas kerajaan Jerman tumbang
Pemimpin kerajaan Jerman berkumpul untuk mesyuarat mingguan kabinet mereka pada Rabu, mesyuarat pertama selepas kerajaan tumbang. Canselor Olaf Scholz kini mentadbir kerajaan minoriti yang terdiri daripada Parti Demokratik Sosial dan Parti Hijau.
Penerbangan keluar masuk Bali dibatalkan
Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa membatalkan penerbangan keluar dan masuk ke pulau peranginan Bali susulan letusan berterusan sebuah gunung berapi Lewotobi.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Abu Dhabi bagi memulakan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
APEC 2024: Laporan ABAC jadi input penting perbincangan dasar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneliti Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dengan sebaiknya sebagai input penting dalam siri perbincangan dasar sepanjang Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Lima, Peru.
Kehilangan besar buat Malaysia, perginya tokoh hebat
Jasa dan pengorbanan Bekas Menteri Kewangan ini bukan kecil... dan sudah tentu cukup hebat untuk dikenang dalam kalangan pelbagai generasi..
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Polis Selangor rekod 387 kes setakat Oktober
Polis Selangor merekodkan sebanyak 387 kes penderaan membabitkan kanak-kanak sepanjang Januari hingga Oktober lepas
Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.
Padah rogol 2 gadis bawah umur, lelaki dipenjara 15 tahun dengan 8 sebatan
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas tertuduh Amirudin Mohamad Rosli, 26, mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan.
Rogol cucu saudara, buruh dihukum penjara 16 tahun dan 10 sebatan
Hukuman dijatuhkan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.
Padah cabul 'budak WeChat'
Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas Nik Aris Ghazali, 24, mengaku salah terhadap tuduhan yang dibacakan.
Pensyarah warga Mesir didakwa cabul penuntutnya
Pensyarah warga Mesir yang bertugas di sebuah kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan mencabul penuntutnya, awal bulan ini.
Remaja terima padah rogol kekasih
Padah buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara sembilan tahun dan satu sebatan di mahkamah sesyen hari ini kerana kesalahan merogol kekasih bawah umur.
Suami isteri didakwa cederakan wanita
Sepasang suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang wanita tahun lalu.