Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bukit Damansara pada 30 Nov ini berhubung memorandum persefahaman (MoU) membabitkan etnik Rohingnya yang dimeterai Myanmar dan Bangladesh.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata memorandum bantahan itu juga akan diserahkan kepada Kedutaan Bangladesh pada hari yang sama.
Katanya, memorandum berkenaan adalah sebagai tanda protes kerana pihaknya merasakan MoU untuk penghantaran semula pelarian Rohingnya kembali ke tempat asal itu tidak akan menyelesaikan krisis itu.
"Jika tindakan itu dilakukan, etnik Rohingnya terbabit belum tentu selamat kerana mereka adalah golongan yang 'diburu'. Jadi tindakan menghantar pulang semula etnik ini ibarat memberi peluang untuk mereka 'disembelih'," katanya dalam sidang media di sini, pada Khamis.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini dilaporkan berkata usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan isu Rohingnya di pentas antarabangsa mula membuahkan hasil apabila Myanmar berusaha mengambil langkah menyelesaikan krisis Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar.
Menurut Anifah, Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila baru-baru ini, menyatakan bahawa Myanmar dan Bangladesh dijangka menandatangani MoU untuk penghantaran semula pelarian Rohingya kembali ke tempat asal.
Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar terhadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.
Mohd Azmi berkata pihaknya mahu supaya perbincangan antara Myanmar dan Bangladesh mengenai krisis pelarian Rohingnya turut disertakan sekali aspek perlindungan dan pampasan untuk etnik berkenaan.
"Kami mahu PBB mengikuti perbincangan ini dengan rapat kerana kami bimbang walaupun penderitaan etnik Rohingya telah mencetuskan bantahan di peringkat antarabangsa, tiada tindakan konkrit diambil untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai.
"...dan sekiranya MoU itu telah dimuktamadkan, kami menyeru kepada PBB supaya memastikan laluan yang selamat untuk etnik Rohingnya kembali ke tempat asal mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2017
Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar terhadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu. -Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.