Beberapa bunyi tembakan bertubi-tubi kedengaran berdekatan dengan pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery di Damansara Jaya petang tadi.
Menurut saksi, Jeffery Chan, 27 tahun, ketika kejadian dia dan rakan-rakannya sedang menikmati minum petang di sebuah kedai kopi berdekatan.
“Kami sedang makan dan minum. Tiba-tiba kami lihat ramai mula berlari dan berkumpul. Ada juga yang mengambil gambar.
“Kami tertanya-tanya apa yang berlaku. Kemudian ada orang jerit kepada kami 'rompak! rompak! lari!' kepada kami.
“Jadi, kami pun apa lagi, segala kudrat yang ada memang kami lari menyelamatkan diri sebab bunyi tembakan itu semakin dekat dan saya sendiri dengar kira-kira tujuh ke lapan das tembakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI yang menceritakan detik-detik cemas berikut yang berlaku kira-kira 5.10 petang.
Jelasnya, keadaan ketika ini kembali tenang dengan kehadiran pengawasan pihak polis di sekitar kawasan itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, ketika dihubungi mengesahkan kejadian rompakan tersebut dan berlaku insiden tembak-menembak namun tidak memberikan butiran lanjut.
Astro Awani
Fri May 18 2018

Menurut saksi, Jeffery Chan, dia terdengar dalam tujuh atau lapas das tembakan ketika dia dan rakan-rakannya sedang menikmati minum petang di sebuah kedai kopi berdekatan. - Ihsan pembaca Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MBO Cinemas buka kembali pawagam di bawah pengurusan baharu
Sebagai antara syarikat pawagam yang digemari di Malaysia, MBO Cinemas sebelum ini terpaksa menutup semua cawangan di seluruh negara kesan pandemik COVID-19.

Peminat Westlife 'berkampung' semalaman, rebut 4,000 tiket konsert
Lebih 1,000 peminat sudah bersedia beratur untuk mendapatkan tiket, setengah jam sebelum presale bermula.

'Rompak! Rompak! Lari ...!' Saksi cerita detik cemas tembak menembak di Damansara Jaya
Beberapa bunyi tembakan bertubi-tubi kedengaran berdekatan dengan pusat membeli belah Atria Shopping Gallery di Damansara Jaya pada petang tadi.