Rukun Negara dibentuk dengan hasrat menjadi ideologi dan sandaran kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang berpegang teguh kepada lima cita-cita dan prinsipnya.
Namun, setelah lebih empat dekad ia diisytihar, Rukun Negara seakan dilihat masih tidak mencapai matlamatnya malah peranannya masih tidak jelas pada sebahagian besar rakyat Malaysia.
Menurut Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar, senario dalam negara masa kini seperti kepincangan dalam banyak hal, integriti, akauntabiliti, dan perpaduan antara kaum dan agama; menampakkan dengan jelas bahawa Rukun Negara tidak benar-benar dihayati.
Jelasnya, walaupun aktiviti lafaz ikrar masih diwajibkan di sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan misalnya, ia masih tidak mampu meninggalkan kesan mendalam dalam hati dan sanubari.
“Oleh kerana Rukun Negara tidak dapat memainkan peranannya kerana ia dipinggirkan, diketepikan dalam beberapa dasawarsa ini, kecenderungan lain muncul, yang eksklusif dan dangkal, yang bertentangan dengan perpaduan masyarakat dan keutuhan negara.
“Dari segi menghafal dan melafazkannya tidak menjadi masalah, itu yang kita sebut tadi Rukun Negara sebagai perhiasan di bibir, ‘lip service.
“Yang kita mahu adalah satu bentuk amalan, dan amalan itu mesti datang dari jiwa kita, dari hati kita. Ini yang kita gagal,” katanya.
Rukun Negara dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dipimpin Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein rentetan peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Ia kemudian diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ketika sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1970.
Susulan pengisytiharan itu, Timbalan Presiden Pas ketika itu yang juga ahli Mageran yang menggubal Rukun Negara, Allahyarham Datuk Hassan Adli Arshad dalam satu kenyataan bertarikh 20 Oktober tahun sama menegaskan “Rukun Negara jangan hanya menjadi perhiasan di bibir pemimpin-pemimpin politik sahaja, tetapi hendaklah juga dijadikan pelita hati.”
Namun malangnya itulah yang berlaku hari ini, kata Chandra.
“Saya rasa kita nampaknya seperti sedang ‘berjalan dalam tidur’ ke satu situasi yang bahaya untuk negara.
“Anda tahu, kadang-kala apabila anda berjalan dalam tidur anda benar-benar tidak tahu apa yang anda lakukan kerana beberapa perkara telah berlaku dan akhirnya anda berada dalam bentuk dan masyarakat yang berbeza,” jelasnya.
Menyedari hakikat tersebut, beliau dan beberapa individu lain tergerak untuk membentuk sebuah kumpulan kecil yang bermatlamat menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan.
Kata Chandra yang juga pengerusi kumpulan itu yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Rukun Negara sebagai Mukadimah Perlembagaan (RMP), ia bagi memastikan falsafah nasional itu tidak terpinggir dan menjadi teras kepada setiap tindakan kerajaan dan cara hidup rakyat Malaysia.
“Rukun Negara harus dijadikan garis panduan dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan program. Rukun Negara harus dianggap sebagai salah satu sumber rujukan pembentukan undang-undang. Itu sebabnya Rukun Negara harus dikaitkan dengan Perlembagaan nasional.
“Sebagai mukadimah kepada Perlembagaan, Rukun Negara boleh memainkan peranan sebagai saluran cita-cita nasional dan prinsip-prinsip kemasyarakatan. Malah Rukun Negara harus muncul sebagai pegangan hidup rakyat kita,” jelasnya ketika majlis pelancaran inisiatif tersebut di Institut Integriti Malaysia di sini hari ini.
Bukan sebagai undang-undang, tapi jelas Chandra ia perlu diperjelas sebagai falsafah yang mendukung setiap hasrat Perlembagaan secara keseluruhannya.
Dalam merealisasikan hasrat itu, ia memerlukan iltizam kuat dan sokongan setiap pihak khususnya di peringkat kepimpinan negara.
“Saya berpendapat masalahnya bukan bahasanya, tetapi ketiadaan iltizam politik pada pihak mereka yang berkuasa untuk menterjemah Rukun Negara dalam bentuk dasar program dan sebagainya.”
Selain Chandra, kumpulan RMP dianggotai pakar perlembagaan Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, aktivis sosial Datin Paduka Marina Tun Mahathir dan Zainah Anwar, ahli akademik Prof. Datuk Dr. Tan Chong Tin dan Prof. Madya Dr. Madeline Berna serta peguam Firdaus Husni.
Mereka akan menjalankan beberapa aktiviti ke arah mempopularkan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan, bermula dengan usaha mengumpul tandatangan rakyat Malaysia yang bersama dalam hasrat ini.
Petisyen dibuka selama tiga bulan sehingga 30 April ini di laman web rmp.yayasan1malaysia.org dan ia kemudian dirancang untuk dipersembahkan ke Majlis Raja-Raja Melayu, dengan harapan ia disampaikan kepada Parlimen untuk tindakan selanjutnya.
Israr Khalid
Mon Jan 23 2017
Chandra (kanan) bersama anggota kumpulan RMP di majlis pelancaran inisiatif tersebut di Institut Integriti Malaysia di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/Israr Khalid
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning dalam ijazah sarjana, di mana pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam situasi dunia sebenar.
Dialog Tiga Penjuru: Cuaca buruk…musibah tak terduga!
Amaran cuaca buruk (hujan lebat, ribut petir dan angin kencang) di beberapa kawasan, apa persediaan kita perlu lakukan untuk elak risiko impak bencana dan situasi luar jangka? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
COP29: Menanti titik temu muktamad mekanisme pembiayaan dana iklim
Dzulfitri Yusop bawakan perkembangan terkini dari Persidangan COP29. Berbaki sehari sebelum melabuhkan tirai, masih belum ada titik temu persetujuan muktamadkan mekanisme pembiayaan dana iklim.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Netflix didakwa tidak bersedia untuk khalayak yang ramai dan gagal menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Penduduk hasilkan sendiri beras
Susulan berlakunya beberapa isu kekurangan bekalan beras, ada dalam kalangan penduduk di Kampung Alor Berala, Pendang, Kedah mengambil inisiatif menghasilkan beras sendiri daripada mesin yang dibeli.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga - Noraini
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
AWANI Ringkas: RUU pekerja gig | Kerjasama Malaysia-Vietnam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Kita mengecewakan Tun Razak - Chandra Muzaffar
Kejayaan dan keselesaan dimiliki negara membuatkan ramai pemimpin selepas Tun Abdul Razak tidak mempunyai semangat sepertinya.
Semua ini kerana nafsu politik beberapa individu yang tak dapat dibendung - Chandra Muzaffar
Chandra Muzaffar berpendapat, ada beberapa individu yang terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.
Tak ada parti, pemimpin yang dominan gerakkan penyatuan - Penganalisis
Sejarah konfrontasi 1964 menunjukkan Perikatan dipimpin Tunku Abdul Rahman dapat menyatukan Malaysia berdepan krisis yang memberi impak kepada seluruh negara.
Perkukuh penyampaian maklumat peringkat akar umbi atasi persepsi negatif pengurusan pandemik
Mengambil contoh perolehan vaksin, Chandra berkata masalah utama yang dihadapi adalah kerana tindakan segelintir negara maju yang membolot vaksin.
Prestasi kerajaan tidak boleh diukur kepada angka jangkitan COVID-19 sahaja - Chandra Muzaffar
Peningakatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini antaranya kerana ujian saringan dan kewujudan varian-varian baharu.
Kejayaan PPN bergantung kepada sokongan rakyat - Chandra Muzaffar
Presiden Pergerakan Keadilan Dunia (JUST) itu berkata pengurusan pelaksanaan PPN tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan semata-mata.
Parlimen buka semula tirai, ada perubahan? Agenda AWANI malam ini jam 8.30
Parlimen kembali membuka tirainya untuk memulakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, menyaksikan Perdana Menteri membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebelum dibahaskan oleh Ahli Parlimen yang hadir.
Perlu ada jawatankuasa yang disertai wakil kerajaan dan pembangkang untuk atasi krisis
Jawatankuasa bebas yang mengandungi semua wakil ini lebih berkesan ketika negara sedang berdepan krisis seperti mana yang sedang dihadapi sekarang.
Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas: Ini 5 tumpuan temu bual Dr Chandra Muzaffar
Berikut merupakan lima tumpuan dalam temu bual Agenda AWANI dengan Dr Chandra pada Selasa (12 Januari 2020).
Redakan suhu politik sementara waktu, ini rayuan rakyat - Dr Chandra
Rakyat telah merayu agar ahli politik lebih menfokuskan kepada isu penting yang lebih mendesak dan mencabar ketika ini.