Siapa sangka majalah yang berharga RM1 pada suatu ketika dahulu kini nilainya mencecah RM9,000.
Itulah nilai majalah lawak tempatan, Gila-Gila edisi pertama terbitan 1 April 1978, yang kulit depannya menjadi antara 500 karya dipamerkan di Rumah Kartun dan Komik Malaysia (MCCH) di Taman Tasik Perdana di sini.
Majalah kartun yang pada suatu ketika dahulu cukup terkenal dan antara sumber hiburan pelbagai lapisan masyarakat kini menjadi barangan sejarah dengan nilai sentimental tersendiri.
Kurator MCCH Mohd Safwan Mohd Ariffin berkata pusat tersebut turut mempamerkan karya daripada naskhah lama majalah humor tempatan yang terkenal pada era 1980-an seperti Ujang, Geli Hati dan Batu Api, melibatkan lebih 50 kartunis.
Mohd Safwan berkata kebanyakan koleksi langka itu diperoleh daripada pengumpul yang merupakan peminat tegar majalah terbabit.
"Syarikat penerbitan dan kartunis sendiri tidak mempunyai koleksi-koleksi ini, maklumlah dahulu penerbitan dibuat secara manual. Jadi ketika penubuhan rumah ini pada 2017, pengumpul ini memberi sumbangan yang besar untuk menjayakannya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mohd Safwan yang juga dikenali sebagai kartunis Pauh berkata MCCH turut mempamerkan karya kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat, Sulaiman Awang, Raja Hamzah dan Osman Baru.
Malah katanya pengunjung juga berpeluang melihat karya kartun yang dihasilkan pada zaman penjajahan Jepun sekitar 1940-an yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Malai Sinpo, The Malay Mail, Syonan Times serta Semangat Asia.
"Kartun menjadi sebahagian daripada medium penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun lapan bulan di Malaya, dan ini menunjukkan bahawa kartun bukanlah berfungsi sebagai hiburan semata-mata," jelasnya.
Selain menjadi tempat pengumpulan karya-karya kartunis legenda, MCCH juga berperanan sebagai platform untuk kartunis berkarya dan menyampaikan mesej secara kreatif termasuk tentang isu semasa.
Pengurus Pameran MCCH Tazidi Yusof berkata MCCH akan mempamerkan karya terbaharu mengikut tema berdasarkan isu semasa setiap tiga hingga empat bulan sekali.
"Misalnya sekarang kita mengadakan pameran kartun 'Kartunis vs COVID-19' yang berlangsung hingga 31 Ogos yang memaparkan lebih 50 karya, bukan sahaja oleh kartunis Malaysia tetapi juga dari Indonesia dan Singapura," katanya, menambah ini akan disusuli dengan pameran berkaitan kemerdekaan.
Menurut Tazidi, MCCH yang mengenakan bayaran masuk RM5 bukan sahaja dikunjungi peminat kartun dan komik tempatan tetapi juga pelancong luar negara.
"Ada pelancong luar negara yang juga kartunis menghabiskan masa berjam-jam untuk meneliti karya kartunis tempatan kita," katanya yang bercadang mengadakan kelas lukisan kartun dan komik untuk generasi muda di situ.
Menurut Tazidi, selain menjadi pusat pameran, rumah seakan muzium itu juga menjadi lokasi pertemuan lebih 100 kartunis dari seluruh negara untuk berkongsi idea, sekali gus memastikan industri tersebut kekal mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 13 2020
Antara karya yang dipamerkan di Rumah Kartun dan Komik Malaysia di Taman Tasik Perdana baru-baru ini. --fotoBERNAMA
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Sarawak kukuhkan kedudukan selaku peneraju teknologi hidrogen
Penganalisis berkata, ini dapat dilihat menerusi sembilan projek utama yang sedang dalam pembangunan di negeri tersebut.
PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal
Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa PETROS akan memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan petronas setelah diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di wilayah itu.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
Lega tambahan RM100 dalam SARA, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Warga Israel mohon gantung bicara kes senjata api
Permohonan warga Israel, Avitan Shalom untuk menggantung perbicaraan dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api yang dihadapinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 28 Februari depan.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Avitan, 39, dan pendakwaan selaku responden.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Avitan, 39, dan pendakwaan selaku responden.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).