Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Langkap digerakkan ke lokasi.
Katanya lagi, insiden yang berlaku sekitar jam 10 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau mangsa.
"Pasukan bomba tiba di lokasi mendapati sebuah rumah kelas B berkeluasan 30X70 sedang marak terbakar.
"Komander operasi mengarahkan kerja pemadaman api dengan menggunakan dua aliran 300 kaki dua pancutan sehingga selesai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Ismail Mohd Yunus itu tamat pada jam 12.26 tengah malam.