Seekor rusa liar seberat 80 kilogram cedera parah selepas dirempuh sebuah kenderaan di susur keluar Tambun, Lebuh Raya Utara Selatan di sini pada Khamis malam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar pukul 10.21 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, Pengarahnya Datuk Yahaya Madis menjelaskan, pihaknya masih tidak dapat mengenal pasti kenderaan yang melanggar rusa itu kerana tiada saksi kejadian.
"Ketika kami tiba di tempat kejadian, rusa itu berada dalam keadaan lemah dan tidak mampu bergerak selepas dipercayai patah kaki kanan hadapan selain cedera di bahagian kepala dan badan.
"Anggota kami bertindak memberinya minuman sebelum membawa haiwan liar itu ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dalam usaha menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Yahaya berkata, pihaknya bimbang rusa yang dilindungi itu ditemui pihak tidak bertanggungjawab sekiranya tidak dibawa ke balai.
"Kami kemudiannya menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Perhilitan Negeri, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, rusa liar jenis Sambar jantan berusia dua tahun itu dipercayai tersesat sehingga masuk ke kawasan bandar.
“Selepas dihubungi pihak bomba, saya bergegas ke BBP Ipoh untuk melihat sendiri haiwan tersebut sebelum bersama anggota bomba menghantarnya ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai bagi merawatnya.
“Doktor pakar yang merawatnya memberitahu ia kini berada dalam keadaan stabil,” ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, Perhilitan menolak kemungkinan haiwan itu mungkin dibela berdasarkan pemerhatian pihaknya.
“Siasatan lanjut mengenai kejadian ini sedang dijalankan kerana ia merupakan hidupan liar yang dilindungi mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
“Kami amat berterimakasih kepada orang awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana bertindak pantas menyelamatkan nyawa seekor haiwan liar yang dilindungi yang mungkin mati sekiranya bantuan kecemasan segera tidak diberikan,” katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Mar 16 2018
Rusa liar jenis Sambar jantan berusia dua tahun itu dipercayai tersesat sehingga masuk ke kawasan bandar. Astro AWANI
AWANI Tonight: U Mobile chosen for 5G through open tender, no direct award
Communications Minister Fahmi Fadzil says U mobile was selected as the country's second 5G network provider through an open tender process and not via direct award.
AWANI Tonight: Australia to ban social media use for under 16
Australia plans to introduce a legislation to ban children under 16 from social media, a policy the government says is world-leading, with the laws to be introduced in parliament this year.
AWANI Tonight: Climate change: 2024 set to be world's warmest on record
According to the European Climate Service, 2024 is projected to be the warmest year on record, with global average temperatures expected to exceed 1.5°C above pre-industrial levels.
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Rusa tersesat masuk bandar, cedera parah dirempuh kereta
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu sekitar pukul 10.21 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.