Rang Undang-undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgunaan bahan seperti gam dan ubat-ubatan psikotropik dalam kalangan remaja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.
"Bahan khayal termasuk (ubat-ubatan) psikotropik dan gam tidak dikategorikan sebagai bahan haram, tetapi anda boleh membuat campurannya dan menjadi khayal.
"Ia sebenarnya memberi kesan kepada otak terutamanya kepada golongan muda seawal usia 10 tahun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di Perdana Putra, di sini hari ini.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan P. Waytha Moorthy.
Ditanya sama ada rang undang-undang itu akan turut memasukkan hukuman bagi pesalah, Timbalan Perdana Menteri berkata buat masa ini ia masih dalam peringkat draf.
"Aspek punitif dan pendidikan akan dimasukkan dalam draf itu… kami masih menelitinya," katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata jawatankuasa itu turut bersetuju supaya akta berkaitan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan menanam ketum tanpa kebenaran.
Tanpa menyatakan akta tersebut, beliau berkata mengikut peruntukan undang-undang, bahan mitragynine yang terkandung di dalam pokok ketum tersenarai dalam Jadual Ketiga, Bahan Psikotropik, Akta Racun 1952 yang mengawal import, eksport, pembuatan, penjualan, dan lain-lain bahan psikotropik.
"Sebagaimana sedia maklum, penanaman ketum buat masa ini dibenarkan manakala menjadi kesalahan apabila ia dituai dan dijual," katanya.
Dr Wan Azizah berkata jawatankuasa turut bersetuju untuk mengeluarkan Seksyen 8 dan 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 daripada Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Yang Tak Diingini 1969.
"Ini supaya penagih dadah yang telah menjalani pemulihan secara sukarela tidak didaftarkan di dalam pendaftaran jenayah," katanya.
Menurutnya, cadangan itu adalah berdasarkan keperluan untuk menghilangkan stigma kepada penagih dadah yang sudah pulih, membolehkan bekas penagih di bawah seksyen berkenaan memperoleh peluang pekerjaan, dan memberi peluang kepada mereka menjalani kehidupan baharu serta berfungsi dalam masyarakat.
Selain itu, katanya jawatankuasa mencadangkan agar insentif yang ditawarkan kepada majikan yang mengambil bekas banduan untuk bekerja turut diperluaskan kepada majikan yang mengambil bekas penagih dadah untuk bekerja.
"Hasil kajian menunjukkan kadar pemulihan akan lebih baik sekiranya klien (bekas penagih dadah) mempunyai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan bagi menyara diri mereka dan keluarga," katanya.
Dr Wan Azizah berkata program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) yang dilaksanakan sejak 2016 dipergiatkan di 178 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dadah.
Katanya jawatankuasa turut mempertimbangkan secara serius cadangan mengadakan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah seperti yang dilaksanakan di Iceland.
Dr Wan Azizah berkata Malaysia boleh mengikut model yang dilaksanakan di negara itu, namun pelbagai perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Apabila ada perintah berkurung ibu bapa tahu mereka berada di mana dan mencegah banyak insiden dadah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 17 2019

Dr Wan Azizah menunjukkan risalah Kempen Anti Dadah sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membenteras Gejala Dadah (JKMD) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, 17 Jan, 2019. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MCPF harap RUU bahan khayal dibentang pada sesi Parlimen akan datang
Lee berkata masalah ketagihan dalam kalangan remaja bukan sahaja membabitkan dadah tetapi juga bahan ketagihan lain yang mudah diperoleh seperti gam, petrol, aerosol, cat sembur dan najis lembu.

RUU bahan khayal digubal tangani ketagihan gam - Dr Wan Azizah
Beliau berkata gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.