Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa kelima bermula hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuk pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya meliputi pelancongan domestik (dalam negeri sahaja) dan semua operasi perhotelan dibenarkan kecuali penggunaan fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik latihan dan bufet.
"Aktiviti seni budaya meliputi kegiatan seni kraf, visual, pakaian tradisional, makanan tradisional, muzik dan tari (tidak melebihi 10 orang) serta penyelidikan dan pendidikan budaya.
"Selain itu, aktiviti meliputi kunjungan riadah, kajian, penyelidikan dan pemantauan alam sekitar termasuk perkhidmatan yang ditawarkan di Taman-Taman Sabah dan santuari, penuaian sarang burung, pengeluaran permit dan lesen hidupan liar juga dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Shafie berkata aktiviti lain ialah sektor sukan dan rekreasi termasuk rangkaiannya seperti latihan sukan secara individu, sukan elit dan sukan berprestasi tinggi, aktiviti sukan massa dan rekreasi yang melibatkan orang awam tidak melebihi 10 orang dalam satu kumpulan pada satu-satu masa dan rangkaian kemudahan sukan dan rekreasi seperti boling padang, lapang sasar golf dan lapang sasar menembak.
Sektor lain ialah perkhidmatan ikhtisas dan profesional, pengangkutan udara, kedai menjual kenderaan bermotor, jentera berat dan basikal serta kebenaran merentas daerah.
"Semua sektor yang dibenarkan ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 10 2020

Kerajaan negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor beroperasi secara berperingkat. - Bernama

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

12 terperangkap dalam lif diselamatkan bomba
Hamizul berkata, semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada yang mengalami sesak nafas.

China perketat prosedur daftar masuk hotel bagi kanak-kanak untuk tingkatkan keselamatan
Pengusaha hotel kini diwajibkan mengesahkan identiti kanak-kanak, mendapatkan maklumat penjaga.

Wanita Indonesia ditemui mati dalam bilik hotel
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, penemuan mayat wanita terbabit dimaklumkan oleh pihak hotel berkenaan.

Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.

Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.

Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.

Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.

Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.