Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah perlu berpijak di bumi yang nyata apabila mengumumkan bakal meletak calon di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy menegaskan, sebagai parti baharu di Sabah, permintaan bilangan kerusi yang agak tinggi itu merupakan keputusan Bersatu yang tidak munasabah.
"Bersatu sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 45 kawasan DUN, saya fikir ini agak tinggi dan tidak munasabah sebagai parti yang baru bertapak di Sabah ini, mereka kena berpijak pada bumi yang nyata.
"UMNO pula, kita baru tetapkan akan bertanding di semua kawasan yang telah kita menangi sebelum ini, kawasan tradisi dan kita akan bertanding semua.
"Kita harus bermula dari sana, sebagai satu parti yang lama dengan yang baharu, Bersatu ini kita kena bertolak ansur dan saya fikir ini hanya akan tercapai jika masing-masing tahu kekuatan dan juga kelamahan di kawasan," katanya semasa dihubungi di sini, pada Isnin.
BACA: LAPOR LANGSUNG Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan
BACA: Agihan kerusi BN, rakan sekutu selesai dalam 2 minggu - Bung Moktar
BACA: 'Bersatu bertanding 45 kerusi DUN Sabah? Jangan mimpi' - Shahril Hamdan
Sebelum ini, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi calon mereka.
Dalam pada itu kata Andi, UMNO dan Bersatu perlu persefahaman dan kerjasama agar tidak bertembung dalam satu kawasan.
Ujarnya, rintangan paling berat adalah tolak ansur dan sedar kemampuan serta kebolehan parti untuk bertanding di sesuatu kawasan.
Tambahnya, untuk menang mereka memerlukan cabaran satu lawan satu di antara UMNO atau Bersatu untuk menentang Warisan.
Bagaimanapun katanya, UMNO masih boleh menang jika terjadi pertandingan tiga penjuru namun memerlukan kerja keras untuk mencapainya.
Sementara itu, Ketua UMNO Kota Kinabalu, Musliati Moslimin menjelaskan, mana-mana kerusi dominan milik parti itu harus diserahkan semula untuk mengelakkan perebutan kawasan dengan Bersatu.
Bagaimanapun katanya, kerusi itu boleh dipertimbangkan untuk diserahkan kepada Bersatu jika mereka mempunyai calon yang mempunyai kredibiliti dan peluang tinggi untuk menang.
"Tetapi bagi saya sendiri, kalau kawasan Kota Kinabalu, saya tidak ada calon bertanding, kawasan Kota Kinabalu selama ini wakil calon parti komponen.
"Di kawasan lain, UMNO sepatutnya kena dominan, maksudnya menguasai lebih banyak kerusi dari Bersatu, sebab kita ada akar, ada jentera lengkap dan ahli ramai, berbanding Bersatu yang masuk Sabah baru setahun lebih, mungkin dari segi keahlian mereka, UMNO lebih ramai.
"Pada masa sama, kalau calon Bersatu bertanding, tetapi di tempat itu atas tiket UMNO atau UMNO yang menang pada PRU, jadi yang bekerja adalah ahli parti, bagi undi adalah ahli parti, maka akan ada sedikit masalah untuk calon Bersatu bertanding di kawasan tesebut.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini berkata, pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melibatkan calon Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.
Jelasnya, BN juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan sekutu yang lain dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi.
Wan Syamsul Amly
Mon Aug 03 2020
Kata Andy, UMNO masih boleh menang jika terjadi pertandingan tiga penjuru namun memerlukan kerja keras untuk mencapainya. - Gambar Facebook
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
Label hologram 'Authentic Sabah' bakal dilancar, perakui keaslian produk IKS Sabah
Label yang tertera perkataan 'Authentic Sabah' itu akan dilancarkan oleh Menteri MIDE Phoong Jin Zhe pada 20 Mei ini di Kota Kinabalu.
Tawau rancang pecah rekod Jalur Gemilang terpanjang
Beliau berkata program pengisian sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu bakal melibatkan penduduk di daerah itu.
UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.
Sabah Memilih: Bersatu kena berpijak di bumi yang nyata - UMNO Kalabakan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah perlu berpijak di bumi yang nyata apabila mengumumkan bakal meletak calon di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.