Polis mengesahkan lelaki Korea Utara yang menggunakan pasport bernama Kim Chol yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) adalah Kim Jong Nam.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut enggan mengemukakan identiti padanan DNA Kim Jong Nam.
Justeru, katanya, siasatan polis telah pun selesai dan mayat mangsa akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
LAPOR LANGSUNG Krisis diplomatik Malaysia-Korea Utara memuncak
BACA: Rakaman video lelaki dakwa anak kepada Kim Jong Nam tidak perlu disiasat - Khalid
"Demi keselamatan saksi-saksi saya tidak akan memberi apa-apa penjelasan mengenai DNA kes bunuh Kim Jong Nam.
"Setakat ini tiada ahli keluarga mangsa menuntut mayat, sebab itu kita akan serahkan kepada KKM. Kita sudah selesai dengan mayat itu dan tidak perlukannya lagi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ditanya adakah mayat Jong-nam akan diserahkan kepada pihak Korea Utara, Khalid berkata mengikut peruntukan undang-undang negara ini hanya waris kepada si mati sahaja yang boleh menuntut sesuatu mayat di mana-mana hospital di negara ini.
"Undang-undang kita hanya membenarkan kita mengembalikan mayat, diserah kepada waris, pada ahli keluarga, oleh kerana tidak ada ahli keluarga yang menuntut, kita serahlah kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan mereka selanjutnya," katanya lagi.
Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang hidup tersisih, maut pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.
Beliau diserang dua wanita, yang menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi bahan yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf
VX.
Lelaki itu meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
Dr Subramaniam berkata pada Isnin bahawa penentuan identiti si mati adalah penting bagi mengelak tercetus sebarang pertikaian.
Astro Awani
Fri Mar 10 2017

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di Pejabat Perkhidmatan Aduan Balai Polis Taman Tun Dr Ismail hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.

Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.

Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.

Bapa bebas tuduhan bunuh anak lelaki
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bapa daripada pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.

GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.

Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.

Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.

Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan
Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar cedera parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4.

Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.