Saintis muda negara yang bersama-sama kumpulannya berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif yang tersembunyi di lingkaran kosmik semesta, Nur Adlyka Ainul Annuar, 27, bercadang pulang ke Malaysia untuk mendidik anak bangsa dalam bidang astronomi.
Pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) jurusan Astrofizik di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, United Kingdom (UK) itu berkata beliau telah lama memasang niat untuk menjadi pensyarah bagi melahirkan lebih ramai saintis dalam bidang berkenaan setelah tamat pengajian kelak.
"Ini secara tidak langsung sebagai penghargaan kepada pendidikan negara yang memberi peluang kepada saya sehingga ke tahap kini.. pada asalnya saya memikirkan bidang ini kurang menyediakan prospek pekerjaan di Malaysia, namun di luar negara sangat banyak peluang pekerjaan yang disediakan dalam bidang ini.
"Sehubungan itu, harapan saya apabila menjadi pensyarah di universiti tempatan dalam bidang ini sekaligus menghasilkan lebih ramai pelajar yang terlibat dalam bidang ini dan mencipta lebih ramai tenaga serta dari situ akan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini mampu ditawarkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Warasa Supernova yang dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari.
Pada majlis itu Nur Adlyka yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut diberi penghargaan oleh MOSTI kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa sekaligus menyuntik semangat anak-anak muda untuk meminati bidang astrofizik dan astronomi.
Beliau yang bakal menamatkan pengajian PhD antara Ogos dan September ini turut berharap agar kejayaannya memberi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik astrofizik dan astronomi di Malaysia untuk membangunkan lagi bidang berkenaan di negara ini agar standing di mata dunia.
Anak kelahiran Muar itu merupakan antara sekumpulan pakar astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam supermasif di sebuah galaksi yang terletak kira-kira 38 juta tahun cahaya dari bumi.
Wanita itu membentangkan penemuan pasukannya dalam satu kertas kerja bertajuk ''Black Holes, Green Galaxies, Old Stars and NuSTARs'' pada perjumpaan Persatuan Astronomi Amerika Syarikat ke-229 awal tahun ini.
Nur Adlyka juga merupakan saintis teleskop X-ray terbaru di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), yang dinamakan NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array) sejak tahun 2014 sehingga kini.
Anak kedua daripada empat beradik itu mula minat menceburi bidang Astronomi dan Astrofizik ketika berusia 13 tahun setelah menonton filem ''Armageddon'' dan ''Apollo 13''.
Sementara itu, Hashim Harun, guru Fizik yang mengajar Nur Adlyka ketika di tingkatan empat dan lima berkata bekas pelajarnya itu seorang yang pendiam dan agak sukar dijangka.
"Nur Adlyka seorang pelajar yang unik, dia kurang bercakap namun banyak berfikir dan beliau gemar bertanyakan soalan yang di luar kotak. Bagaimanapun, dia tidak sombong dan gemar memberikan tunjuk ajar kepada rakan-rakannya di dalam kelas," katanya.
Guru Matematik Tambahan sekolah itu, Rodziah Abdul Hamid berkata Nur Adlyka seorang pelajar yang baik, mudah memahami apa yang diajar di dalam kelas dan rajin membantu rakan-rakannya untuk mencari jawapan dalam soalan yang sukar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2017
Nur Adlyka bercadang pulang ke Malaysia untuk mendidik anak bangsa dalam bidang astronomi. - Sumber foto: Facebook
Tindakan kurang menyeluruh bebankan keselamatan negara
Jenayah scam dalam talian disebabkan tindakan penguatkuasaan yang kurang menyeluruh bukan sahaja merugikan pengguna malah membebankan keselamatan negara.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b'
Penemuan itu direkodkan menerusi Transiting Exoplanet Survey Satelllite (TESS) iaitu sistem yang digunakan bagi pemerhatian ruang angkasa.
Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!
Orang ramai berpeluang untuk melihat fenomena bulan purnama dan dijangka akan muncul pada 7 Mei ini pada jam 7.18 petang iaitu apabila bulan mendekati cakerawala.