KUALA LUMPUR:Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda, berkata salah laku dalam syarikat sudah berlaku sebelum beliau sertai syarikat itu pada Januari 2015.
Dalam kenyataan peribadinya hari ini, Arul Kanda berkata tujuan beliau menyertai syarikat itu juga adalah hanya untuk melakukan pelan rasionalisasi atas segala masalah yang sudah berlaku.
"Beberapa isu yang berlegar berkaitan 1MDB termasuk siapa yang bertanggungjawab dalam pelaburan awal serta pengurusan syarikat sudah dinyatakan pada 2015. Maklumat itu kemudian dikemaskini tidak hanya kepada pihak berkuasa dan penyiasat, malah kepada ahli lembaga pengarah dan pemegang kepentingan.
"Fokus saya hanya untuk melaksanakan pelan rasionalisasi syarikat," katanya.
BACA: Kenyataan penuh Arul Kanda
Arul Kanda juga mendakwa sewaktu pertemuan beliau bersama Menteri Kewangan pada Rabu, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen syarikat bersama beliau.
"Saya hanya menerangkan setakat mana yang saya ingat ketika itu. Pada pandangan saya, adalah tidak adil untuk menteri (Lim Guang Eng) mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan suasana sebenar sesi tersebut," katanya.
Arul Kanda berkata beliau menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur fitnah dan serangan peribadi oleh Guan Eng.
"Saya sudah mendapatkan khidmat nasihat perundangan," katanya sambil menambah beliau akan terus komited untuk bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan 1MDB.
BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya - Lim Guan Eng
Najib Aroff
Thu May 24 2018

Arul Kanda menolak sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur fitnah dan serangan peribadi oleh Guan Eng. - Astro AWANI/Fail

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.

Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.

1MDB: Arul Kanda tuntut RM56.7 juta berhubung penamatan kontrak secara salah
Arul Kanda Kandasamy memfailkan tuntutan balas bagi menuntut RM56.7 juta atas dakwaan syarikat 1MDB menamatkan kontraknya secara salah.

Kes pindaan audit 1MDB: Mahkamah Rayuan tetapkan Rabu ini untuk pengurusan kes
Peguam Najib, Alaistair Brandah Norman dan peguam Arul Kanda, Datuk N. Sivananthan mengesahkan tarikh pengurusan kes seterusnya itu.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Rayuan pendakwaan ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes pada 21 Julai
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam kes meminda laporan audit 1MDB.

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar pada 24 Julai
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian hari ini.

AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Kes 1MDB: Pertikai pembebasan Najib satu penghinaan kepada mahkamah - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan, kerajaan juga telah beberapa kali mengulangi pendirian bahawa tidak akan mencampuri sebarang urusan dan keputusan mahkamah.

1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri esok
Keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dibebaskan atau dipanggil membela diri atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB ditentukan Jumaat.