Sebuah salun berusia 80 tahun di Jelutong dekat sini, bersedia beroperasi semula apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki 'fasa pemulihan', hari ini.
Tinjauan Bernama ke Ever Green Hairdressing Salon semalam mendapati pemiliknya, V. Segar, 58, dan kakitangannya memakai ponco plastik, pelitup muka, topeng dan pelindung muka ketika menyahkuman peralatan dan tempat duduk di salun itu.
Penanda juga diletakkan di luar premis untuk menunjukkan kedudukan pelanggan untuk berbaris sambil menjaga penjarakan sosial.
"Esok akan menjadi hari yang sibuk. Kami juga menerima beberapa panggilan daripada pelanggan untuk membuat janji temu menggunting rambut," katanya kepada Bernama.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam mengumumkan negeri itu akan melaksanakan sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk sektor perniagaan dan ekonomi di seluruh negeri bermula esok sepertimana diumumkan kerajaan Persekutuan.
Segar berkata dia dan pekerjanya menghabiskan masa sebulan menyiapkan peralatan perlindungan diri dan membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu agar dapat menyesuaikan diri dengan normal baharu.
"Pekerja kami 'bercuti' selama tiga bulan, tetapi sekarang mereka bersedia menyambut pelanggan kami mulai esok," katanya.
Menurut Segar, SOP baharu termasuk melantik seorang pekerja untuk membuat saringan suhu pelanggan dan mengesan maklumat hubungan, menjaga jarak dua meter antara setiap tempat duduk dan menyahkuman peralatan menggunting rambut sebelum melayani pelanggan seterusnya.
Katanya, satu daripada prosedur baharu melibatkan pelanggan memakai apron pakai buang berbanding yang boleh diguna semula sebelum ini.
"Disebabkan (SOP) itu dan peralatan baharu, kami akan mengenakan caj tambahan RM2 untuk setiap perkhidmatan yang disediakan. Biasanya (sebelum PKP), kami mengenakan bayaran RM8 untuk gunting rambut, tetapi mulai esok kami caj RM10," katanya.
Katanya, salun itu akan beroperasi 8.00 pagi hingga 8.30 malam mulai esok dengan perkhidmatan termasuk menggunting rambut, mencukur dan mewarnakan rambut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 09 2020
Pekerja kedai gunting rambut Ever Green di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersiap sedia dengan pakaian mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi perkhidmatan gunting rambut yang boleh beroperasi mulai hari ini. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.