Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Khamis melancarkan satu saluran baharu iaitu Saluran Berita RTM, satu lagi medium tambahan untuk kerajaan di dalam usaha memerangi berita palsu dan menyampaikan berita sahih.
Saluran baharu itu dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah di Angkasapuri di sini dan ia boleh diakses melalui siaran televisyen digital, myFreeview saluran 123.
"Dengan pengenalan saluran baharu ini, ia menunjukkan RTM melangkah satu tahap lagi tahap kehadapan dan saya yakin RTM secara keseluruhan akan dapat memberi sumbangan lebih besar terutama dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu.
Menurut siaran akhbar yang diedarkan kepada media, saluran bertunjangkan 'Yang Sahih di Berita RTM' ini memberi fokus kepada berita dan program berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Saluran baharu itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat.
Selain itu, ia turut menampilkan program Pastikan Sahih yang bersiaran pada pukul 6.30 petang, antara Isnin hingga Jumaat, khusus bagi menangkis berita tidak benar yang tular dalam masyarakat.
Program itu berperanan menyuntik maklumat yang betul dan sahih kepada orang ramai berkaitan kenyataan fitnah dan berita-berita palsu terutama yang cepat tersebar melalui media sosial.
Saluran itu juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.
"Slot ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kepimpinan negeri dan pemimpin masyarakat setempat untuk bersiaran secara langsung di negeri masing-masing," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata selain daripada memerangi berita palsu dengan mengambil tindakan undang-undang dan membuat penafian, media perlu mengambil pendekatan baharu dengan membanjiri ruangan yang ada dengan berita sahih.
"Kita perlu terus membanjiri medium sedia ada dengan banyak berita baik, sahih dan benar. Kerana cara terbaik memerangi berita palsu ialah dengan melimpahkan berita baik.
"Kita bawa naratif yang benar dengan bercerita, saya yakin melalui usaha ini orang awam dapat membezakan mana berita benar dan mana palsu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020

Saifuddin (dua, kiri) menerima plak perasmian daripada Ketua Pengarah Penyiaran Nor Yahati Awang (dua, kanan) selepas melancarkan saluran baharu di Radio Televisyen Malaysia, Angkasapuri, malam tadi. --fotoBERNAMA
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Semua pihak main peranan semak kesahihan berita, elak salah faham
Fahmi berkata penyebaran maklumat yang berlaku dengan pantas dan tidak diperiksa dengan teliti mampu menimbulkan tohmahan dan fitnah.
![[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat [KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675670339_generickomputerl.jpg)
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.

Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Perundangan itu memaksa Meta membayar pautan atau kandungan yang platform itu siarkan.

Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.

Kualiti individu dalam bidang kewartawanan perlu ditingkatkan - Pakar
Maklumat berita yang bermutu dapat meningkatkan daya pemikiran, integriti dan kebijaksanaan masyarakat dalam membuat keputusan.

Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.

Annuar zahirkan penghargaan kepada semua petugas media
Pihak media diperlukan untuk memainkan peranannya dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang ramai.

Agensi Anadolu Turki bakal siarkan Olimpik Tokyo dalam 12 bahasa
Agensi Berita Turki itu merancang menyampaikan berita dan gambar menarik atlet terkenal dunia dan 108 pasukan yang akan bertanding dalam 18 acara.

CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
CNN plus akan bekerja seiring dengan rangkaian televisyen CNN yang sedia ada dan akan menyiarkan siaran langsung lapan hingga 12 jam sehari.

Mufti Perlis menang saman fitnah peroleh ganti rugi RM150,000
Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Ishak Bakri membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Mohd Asri sebagai plaintif dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap Arunakirinathan selaku defendan.