Saman yang difailkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah sebuah 'gimik politik', kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini.
Menurutnya, Dr Mahathir tiada asas yang kukuh untuk menyaman Najib.
"Beliau (Mahathir) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian," kata Jazlan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah pula menegaskan sebagai rakyat, Dr Mahathir berhak menyaman Najib sekiranya beliau merasa ada keperluan untuk berbuat demikian.
"Saya berpendapat beliau berhak. Namun, perkara tersebut akan ditentukan oleh pihak mahkamah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.
Ditanya sama ada Dr Mahathir mempunyai locus standi untuk memfailkan saman tersebut, Razaleigh berkata hak yang sama ada bagi setiap rakyat.
Terdahulu, Dr Mahathir telah menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawab.
Dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas Wanita UMNO Anina Saadudin.
BACA: Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib Razak
Hafiz Marzukhi
Wed Mar 23 2016

Dr Mahathir hari in telah menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dakwaan Anwar ada sokongan majoriti, satu lagi gimik politik - Ahmad Faizal
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya telah mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu, sebagai satu lagi gimik politik.

Syarikat penerbangan UK cabar arahan kuarantin, ancam tindakan undang-undang
Arahan yang berkuat kuasa pada Isnin itu akan mengakibatkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan untuk sektor pelancongan UK, terutama ketika musim percutian pada Julai dan Ogos.

Debat hanya gimik politik Najib, mahu sentiasa diperkatakan - Penganalisis
Beliau berpendapat, debat di antara veteran DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak, sekiranya diadakan, hanya untuk kepentingan politik.

Guling Tun M: Gimik politik alihkan isu melanda Pas
Ahmad Marthada berpendapat, ia bagi mengalihkan isu yang melanda Pas ketika ini terutama dalam kes dana RM90 juta dan hubungan Pas dengan UMNO di Semenyih.

Mahathir jadi PM dua tahun cuma gimik politik - MB Perlis
Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama dua tahun sekiranya pembangkang diberi mandat memerintah adalah sekadar gimik politik.

Saman Dr Mahathir terhadap Najib hanya gimik politik - Nur Jazlan
Sebagai rakyat, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya dirasakan perlu, kata veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah.