Saman maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, saman mandatori bernilai RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.
Menurutnya, enam kesalahan utama itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garis berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan, melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
Sementara itu, Noor Rashid juga berkata, dua lorong kecemasan lebuh raya PLUS di negeri Perak akan dibuka sempena Op Selamat 14 ini.
"Laluan berkenaan ialah laluan antara Simpang Pulai-Gopeng berdekatan Hentian Sebelah Simpang Pulai di antara kilometer(KM) 287 hingga 289.95 dan laluan dari Slim River menghala ke Sungkai di KM367. 3 (arah utara).
"Langkah itu dibuat bagi memastikan kelancaran jalan raya berikutan laluan berkenaan didapati antara yang mengalami kesesakan teruk setiap kali musim perayaan," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Azisman Alias.
Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata, anggota polis juga akan ditempatkan di kedua-dua laluan itu bagi memastikan kelancaran jika berlaku kecemasan.
"Kita tiada masalah untuk membenarkan PLUS untuk buka laluan kecemasan ini jika ia boleh mengurangkan masalah kesesakan," katanya.
Sementara itu katanya, dengan tema yang sama iaitu 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', statistik Op Selamat tahun lalu menunjukkan penurunan kes kemalangan maut iaitu 226 kes berbanding 257 (2017).
"Ini menunjukkan usaha polis dan agensi berkaitan lain dalam beri kesedaran kepada masyarakat berkaitan pematuhan undang-undang jalan raya telah beri impak positif.
"Walaupun statistik kes kemalangan meningkat iaitu 21,041 kes tahun lalu berbanding 20,752 (2017), tapi ia seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di seluruh negara.
"Bagi tindakan saman pula catat peningkatan 130,155 saman yang mana sebanyak 385,547 saman dikeluarkan tahun lalu berbanding 255,392 tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata, analisis terhadap Op Selamat sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan pentingkan diri sendiri jadi punca peningkatan kemalangan.- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 22 2019

SAMAN mandatori RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Papagomo dibebaskan hari ini, polis sahkan salah faham punca insiden serang Syed Saddiq
Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini.

Polis akan siasat sama ada wujud unsur pemerdagangan manusia
Polis akan menyiasat sama ada wujud unsur penipuan terhadap 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja.

Pengganti Ketua Polis Negara, Timbalan diputuskan dalam tempoh terdekat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dua jawatan tertinggi polis itu.

Saman RM300 serta-merta jika lakukan enam kesalahan ini
Saman maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 2019 sempena Tahun Baharu Cina.

PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang
Pemasangan dan penambahan kamera had laju itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya.

Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues - Noor Rashid
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan susulan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pegawai dan anggota sepanjang sebelum dan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

One City tuntut penjelasan polis, kaitkan syarikat itu dengan insiden kuil
Syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd hari ini menuntut penjelasan daripada pihak polis yang mengaitkan mereka dengan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25.

Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan
Kerajaan digesa membuktikan komitmen kepada masyarakat India dengan segera mencari penyelesaian dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.

Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: Waytha Moorthy minta rakyat bertenang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang susulan kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Putra Heights awal pagi ini.