Saman RM500 akan mula dikenakan terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama merokok di kawasan larangan di premis makanan.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata saman itu akan dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan memberi amaran secara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.
"Bagi kesalahan kali pertama, perokok akan dikenakan saman oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan terbabit dan perlu membayar saman itu dalam tempoh dua minggu.
"Sekiranya saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut atau perokok yang didapati mengulangi kesalahan yang sama, mereka akan dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun," katanya sepertimana dipetik daripada Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini pada Jumaat.
Pada 6 Nov lalu, Dr Lee berkata pihaknya menggunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lalu.
Sementara itu, Dr Lee berkata pihaknya kesal dengan insiden seorang pelayan restoran yang ditampar oleh seorang pelanggan hanya disebabkan menegur sekumpulan lelaki yang merokok di dalam sebuah restoran di Shah Alam, Selangor, Selasa lalu.
Beliau menyifatkan tindakan pelanggan berkenaan yang menampar pelayan restoran berusia 25 tahun itu sebagai tidak bertamadun hanya kerana ditegur supaya tidak merokok di kawasan larangan.
"Kami serahkan (kes itu) kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan tindakan lanjut terhadap individu tersebut kerana perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata air paip yang telah diproses menerusi loji rawatan air di Cameron Highlands selamat digunakan dan Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan secara berkala di setiap loji rawatan air di sini dan ia mematuhi standard kesihatan yang telah ditetapkan.
"Ada penduduk di sini yang mengadu air di sini keruh, namun air itu keruh disebabkan rangkaian pengedaran saluran paip air yang tidak dijamin kebersihannya dan bukan dari loji rawatan air.
"Pensampelan rutin unit kawalan kualiti air minum mendapati tiada pelanggaran racun perosak dicatatkan di rangkaian air awam selama lima tahun di Cameron Highlands sejak 2014," katanya dan menambah air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum selamat untuk diminum.
Bernama
Fri Jan 04 2019

Saman RM500 akan mula dikenakan terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama merokok di kawasan larangan di premis makanan. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Cameron Highlands hari ini.

Saman RM500 kepada perokok ingkar kali pertama
Kementerian menggunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lalu.