Mana-mana pemimpin UMNO dicabar untuk segera menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad jika merasakan kenyataan bekas Perdana Menteri yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini tidak benar atau sekadar fitnah semata-mata.
Bekas Naib Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pemimpin UMNO juga diminta untuk turut menyamannya jika menganggap setiap fakta yang diberi mengenai syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan satu pembohongan kepada rakyat.
"Kalau isu 1MDB itu fitnah, tolong saman kami semua yang sedang berjuang untuk melawan penyelewengan dalam syarikat itu. Kami tiada kepentingan peribadi. Ini duit rakyat serta dana kerajaan.
Ia mesti diurus secara amanah dan terbaik demi kepentingan ekonomi negara.
"Jiwa Dr Mahathir terlalu kuat untuk menjamin kesejahteraan bangsa serta negara dipertahankan. Dr Mahathir sebelum ini bertegas dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menasihatinya melantik Najib sebagai timbalan perdana menteri.
"Hakikatnya Dr Mahathir mengenang jasa serta budi Allahyarham Tun Abdul Razak tetapi kini apa pilihan yang Dr Mahathir ada demi menjamin UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) terus relevan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Melayu jangan cepat panik melihat 'pergeseran' antara Mahathir, Najib - Annuar Musa
Khairuddin mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan 'pergeseran' pendapat antara Dr Mahathir dan Najib mungkin dilihat sebagai suatu yang menyulitkan dan merugikan UMNO namun itu tidak bermakna tiada jalan untuk membina kefahaman dan penyatuan.
Annuar turut merumuskan, satu-satunya cara adalah kembali kepada fungsi dan formula kekuatan UMNO pada waktu gemilangnya iaitu memperjuangkan penyatuan selain tidak mengorbankan seseorang pemimpin semata-mata kerana terpengaruh pada fitnah.
BACA: Najib jawab dakwaan Mahathir wujud "masalah lebih besar"
Sementara itu kata Khairuddin, setakat ini, apa yang dirisaukan Dr Mahathir mempunyai asas yang amat kuat dan tidak lari daripada fakta.
BACA: #Nothing2Hide: Najib terlepas peluang berharga - Tun Mahathir
"Kita kena berani bercakap secara hakikat dan tidak memberi matlumat salah kepada pemimpin di atas kerana ia bakal memakan diri sendiri.
"Sekali UMNO dan BN hilang kuasa, kita akan hilang kuasa buat selama-lamanya. Malangnya ramai yang tidak faham atau buat-buat tidak mengerti demi kedudukan mereka hari ini.
"Atas dasar inilah saya yakin Dr Mahathir amat risau khususnya elemen rasuah yang terlalu berleluasa sehingga boleh merobohkan institusi ekonomi mahupun negara," jelasnya.
BACA: #Nothing2Hide: Tun M hanya hadir untuk 'hentam' Najib - Salleh
Katanya lagi, ramai di kalangan pemimpin muda yang lebih berwibawa dan lebih jujur dalam perjuangan harus diketengahkan UMNO jika ditakdirkan parti perlu membuat pertukaran kepimpinan.
"Era beberapa muka lama dan veteran yang tidak faham kemelut 1MDB telah lama berlalu. Jangan kitar muka lama kerana ia akan menghilangkan keyakinan rakyat pada UMNO serta BN secara total dan keseluruhannya," ujarnya.
BACA: #Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali
Najib di dalam blognya sebelum ini memberitahu, dakwaan Dr Mahathir kononnya dia telah menimbulkan 'masalah lebih besar" terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.
Kata Najib, 'masalah' yang dirujuk oleh Dr Mahathir sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya sendiri akibat daripada 'serangan' dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 09 2015
KHAIRUDDIN: 'Saman Tun M kalau betul dia fitnah Najib' - Gambar fail
Pengawal keselamatan klinik cabul pesakit lelaki dalam tandas direman
Seorang pengawal keselamatan di sebuah klinik direman bagi membantu siasatan selepas disyaki mencabul pesakit lelaki di dalam tandas.
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
Sekolah K9 dan K11, akses pendidikan yang kualiti dan inklusif
Timbalan Menteri Pendidikan berkata sekolah modal khas K9 dan K11 menyediakan akses pendidikan yang kualiti dan inklusif terutama bagi pelajar kawasan dipendalaman dan luar bandar.
“Konsep ini diperkenalkan bagi memastikan pelajar bersekolah sehingga ke peringkat menengah”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Konsep ini diperkenalkan bagi memastikan pelajar bersekolah sehingga ke peringkat menengah”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Presiden MTUC dilucutkan jawatan, dilarang bertanding dua penggal
Mohd Effendy turut dilarang bertanding pada pemilihan pegawai MTUC bagi tempoh dua penggal iaitu selama enam tahun.
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
KPM beri perhatian masalah keciciran murid - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan berkata usaha KPM menangani isu keciciran murid dilaksanakan melalui pendekatan holistik yang melibatkan pelaksanaan kerjasama pelbagai pihak.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
Buruh mengaku tidak bersalah rogol anak tiri
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan merogol terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 14 tahun, Oktober lalu. Tertuduh yang berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah hari ini.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir.
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.