Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin meminta kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke negeri ini berikutan tersebarnya gambar beliau bersama Jacel H.Karim, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
"Kerajaan Sabah patut haramkan Nurul Izzah masuk Sabah kerana bertemu dan meminta sokongan Jacel Kiram yang menjadi jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan Tanduo Lahad Datu,” katanya dalam akaun Facebook beliau malam Khamis.
Entri itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Tj Tasatra yang menganggap tindakan Nurul Izzah bergambar dengan Jacel telah melukakan hati rakyat Sabah.
“Nurul Izzah melukakan hati rakyat Sabah yang berdepan dengan askar Jamalul Kiram dalam serangan Tanduo. Haramkan Nurul Izzah dari menjejakkan kaki ke Sabah,”katanya.
Mohd Norazman Injah pula berkata sekiranya benar Izzah berhubung dengan Jacel, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada parti itu.
“Jika Nurul Izzah berhubungan dgn puteri Kiram, semua wakil rakyat Sabah PKR harus keluar daripada menyokong PKR...rakyat Sabah juga harus berfikir dan jangan harap orang Sabah menyokong mereka,” katanya dalam komen itu.
Gambar mengenai pertemuan Nurul Izzah dan Jacel di Filipina telah dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook beliau pada 9 Nov lepas.
Nurul Izzah dalam kenyataannya hari ini mengakui bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama-sama dengan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.
Bernama
Thu Nov 19 2015
![SAPP minta haramkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah SAPP minta haramkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447949793_JacelKiramNurulI.jpg)
Gambar mengenai pertemuan Nurul Izzah dan Jacel di Filipina telah dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook beliau pada 9 Nov lepas. - Gambar Fail
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325859_MADANI.jpg)
Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.
![SAPP minta haramkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah SAPP minta haramkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447949793_JacelKiramNurulI.jpg)
SAPP minta haramkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah
Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin meminta kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke negeri itu.