Program Sarapan Percuma (PSP) yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan mampu meringankan perbelanjaan keluarga dengan memberi penjimatan kira-kira RM2.3 bilion kepada ibu bapa di Malaysia untuk menyediakan wang saku kepada anak mereka.
Profesor ekonomi di Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, inisiatif itu baik kerana ia merupakan pelaburan besar untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara dalam tempoh 20 tahun.
Menurutnya, inisiatif untuk semua murid itu bukan hanya kepada keluarga berpendapatan sederhana, malah murid daripada keluarga berada.
“Kita ambil contoh, ibu bapa membelanjakan RM856 setahun untuk memberi wang saku sebanyak RM4 sehari kepada seorang anak.
“Cuma ada yang mempersoalkan mengapa anak orang kaya juga dapat makan percuma? Bagi saya yang penting semua murid mendapat keperluan makanan seimbang dan baik supaya dapat beri tumpuan di dalam kelas,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.
Kelmarin, Kementerian Pendidikan mengumumkan mulai Januari 2020, kerajaan akan menyediakan sarapan percuma untuk 2.7 juta murid di seluruh Malaysia.
Inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan murid terus kekal sihat dan cergas, selain membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin pada pelajaran setiap hari.
Bagaimanapun Barjoyai berkata, walaupun inisiatif itu adalah yang terbaik bagi membantu meringankan beban ibu bapa, namun terdapat beberapa persoalan berhubung pelaksanaannya.
“Cabarannya ialah bagaimana pihak terlibat dapat menyediakan makanan setiap hari tanpa mengabaikan kualiti dan kebersihan makanan serta tidak menyebabkan pembaziran.
“Inisiatif sama telah diperkenalkan 40 tahun lalu. Awalnya murid diberi bubur, kemudian ditukar kepada roti dan keju tetapi akhirnya mereka menjadi jemu dengan makanan disediakan.
“Untuk elak perkara ini, saya cadangkan supaya ia diberikan kepada beberapa pembekal berbeza bagi mengelak makanan yang disediakan membazir,” katanya.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengurusan sekolah boleh mengambil bahagian untuk memastikan penyediaan makanan kepada murid menepati kualiti diperlukan.
Sinar Harian
Wed Aug 28 2019
![Sarapan percuma: Penjimatan RM2.3 bilion wang saku murid - Pakar Sarapan percuma: Penjimatan RM2.3 bilion wang saku murid - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485519404_KantinSekolah.jpg)
Gelagat murid-murid membeli makanan di kantin sekolah. -Gambar hiasan/Bernama
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738919402_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.
![Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738919772_tbDonaldTrumplett.jpg)
Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717944801_TBDIESEL.jpg)
Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.
![Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696120681_BarjoyaiBardai.jpg)
Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.
![Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai- Pakar Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai- Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673569384_barjoyaibardai.jpg)
Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai- Pakar
Kerajaan perlu mewujudkan satu institusi khas sekiranya mahu mengaplikasi kaedah pemberian subsidi kepada rakyat menerusi pindahan tunai.
![Cabaran getir ekonomi domestik tidak seteruk 2020 Cabaran getir ekonomi domestik tidak seteruk 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696120681_BarjoyaiBardai.jpg)
Cabaran getir ekonomi domestik tidak seteruk 2020
Katanya, tiga sentimen akan mempengaruhi prestasi ekonomi dalam negara iaitu pasaran, keyakinan dan persepsi pengguna.
![Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689158999_Padi.jpg)
Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai
Katanya, kerajaan perlu bertindak mengindustrikan sektor pertanian kecil-kecilan untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan.
![Dwirangkaian 5G disifatkan penyelesaian menang-menang - Penganalisis Dwirangkaian 5G disifatkan penyelesaian menang-menang - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681888525_malaysia.jpg)
Dwirangkaian 5G disifatkan penyelesaian menang-menang - Penganalisis
Langkah 'memecah' rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan.
![Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673569384_barjoyaibardai.jpg)
Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai
Menurut penganalisis ekonomi ini, kebahagiaan dan kesejahteraan tidak dinilai pada kederasan pertumbuhan negara.
![Pendapatan syarikat harus diagih lebih bermaruah kepada pekerja - Penganalisis Pendapatan syarikat harus diagih lebih bermaruah kepada pekerja - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671043133_Drbarjoyai.jpg)
Pendapatan syarikat harus diagih lebih bermaruah kepada pekerja - Penganalisis
Majikan di Malaysia hanya agih sekitar 35 peratus keuntungan syarikat kepada pekerja, sementara negara maju kadarnya hingga 60 peratus.
![Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61659178231_TBMINYAK.jpg)
Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi
Antara langkah terbaik adalah selaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar.
![Kapasiti besar hospital kerajaan boleh dimanfaat, tambahan pendapatan - Barjoyai Kapasiti besar hospital kerajaan boleh dimanfaat, tambahan pendapatan - Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665189356_sumbangankatilHos.jpg)
Kapasiti besar hospital kerajaan boleh dimanfaat, tambahan pendapatan - Barjoyai
Wujudkan kelas perkhidmatan pertengahan yang keuntungan daripadanya dapat disalurkan untuk tingkatkan mutu perkhidmatan percuma.