Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Balai Polis Padang Rengas di sini maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas.
Dalam kejadian tersebut, mangsa dilaporkan terbabas sebelum jatuh menggelongsor ke tiang besi penghadang jalan di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, mangsa yang merupakan Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Padang Rengas, Sarjan A Rahman Yeob, 59, dikatakan dalam perjalanan pulang dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar, selepas bertugas dalam Ops COVID-19 pada Isnin.
"Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.40 petang, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menungang Motosikal jenis Yamaha Ego LC datang dari arah Padang Rengas menuju ke arah Kuala Kangsar.
"Apabila sampai di KM 55, Jalan Ipoh-Taiping, mangsa yang sedang mara di lorong kanan dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri sebelum jatuh menggelongsor ke tiang besi penghadang jalan.
"Punca kemalangan dipercayai akibat motosikal yang dinaiki telah hilang kawalan dan terbabas sendiri. Motosikal mangsa pula mengalami calar pada bahagian sisi kanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, pihak ambulan yang tiba di lokasi kemalangan telah cuba membuat bantuan kecemasan namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 5.25 petang.
Razali berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Aida Aziz
Mon Apr 20 2020
Mangsa dilaporkan terbabas sebelum jatuh menggelongsor ke tiang besi penghadang jalan di Kilometer 55 Jalan Ipoh-Taiping. - Foto ihsan PDRM
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Sarjan polis maut kemalangan ketika pulang selepas tamat tugas Ops COVID-19
Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Balai Polis Padang Rengas di sini maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas.