Saudara terdekat Kim Jong-nam dijangka tiba di negara ini dalam tempoh satu atau dua hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata pada masa ini, masih tiada lagi waris atau saudara terdekat Jong-nam, yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, tampil bagi membantu pihak polis membuat pengecaman mayatnya.
Katanya dalam proses pengecaman itu, saudara terdekat Jong-nam perlu melalui dua langkah iaitu pengesahan identiti mangsa dan ujian DNA saudara terdekat itu.
"(Sekiranya tiada saudara terdekat datang) kita putuskan bergantung kepada pilihan yang ada tetapi beri masa dahulu, biar keluarga dia datang dahulu. Saya tidak mahu lagi bercakap tentang pilihan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di sini yang disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
BACA: Tiada kerjasama langsung dari pihak kedutaan Korea Utara - KPN
BACA: KPN: Dua suspek wanita bunuh Jong Nam terlatih
Ditanya tentang kebocoran rakaman kamera litar tertutup kes itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Noor Rashid berkata keutamaan siasatan kini diberikan kepada kes kematian itu.
"Kita fokus siasatan (kes kematian itu) dahulu, bila selesai (siasatan kes kematian), kita akan fokuskan kepada kebocoran maklumat dan lain-lain lagi," katanya.
Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya itu, meninggal dunia selepas diserang pada 13 Feb oleh dua wanita yang dilaporkan menyapu mukanya dengan apa yang dipercayai cecair beracun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017

NOOR RASHID: Saudara terdekat Kim Jong-nam dijangka tiba di negara ini dalam tempoh satu atau dua hari lagi. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Saudara terdekat Jong Nam dijangka tiba sehari dua lagi - Noor Rashid
Saudara terdekat Kim Jong-nam dijangka tiba di negara ini dalam tempoh satu atau dua hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.