Beliau yang memulakan tugas secara rasmi hari ini turut memberitahu, akan melihat kepada tindakan jangka panjang, termasuk pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah.
“Adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.
“Dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Latheefa, tugasnya amat jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja.
Sementara itu, mengambil pendekatan untuk membiarkan pendapat yang berlegar ekoran pelantikannya yang dibuat sehari sebelum umat Islam merayakan Aidilfitri.
“Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan semenjak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa,” jelasnya.
Beliau hanya berharap mampu melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dengan pertolongan Allah SWT.
- Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull
- Pelantikan Latheefa timbul persoalan - Maria Chin
- "Saya bukan lagi ahli PKR" - Latheefa Koya
- Pelantikan Latheefa beri isyarat pertembungan pasukan Tun M dan Anwar - Wiranita Putra
- Latheefa Koya perlu buktikan beliau layak pegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM - Presiden TI-M
- Presiden MCA harap pelantikan Latheefa bukan konspirasi untuk halang Anwar jadi PM
- Lantikan Latheefa Koya: Tidak perlu persetujuan Kabinet - Tun M
- Latheefa, calon sesuai untuk terajui SPRM - Gobind
- Lantikan Latheefa, realiti sebenar kelemahan urus tadbir - Bersih 2.0
- Beri ruang PM jelaskan lantikan Latheefa Koya sebagai KP SPRM - Anwar
- Pelantikan KP SPRM: Majoriti tidak pertikai kelayakan Latheefa, cuma isu proses - Hanipa