“Selama ini saya betul-betul rasa seperti dianiayai pihak berkuasa dan dijadikan mangsa keadaan.”
Inilah perasaan yang dilalui oleh pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina Nik Abdul Aziz yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah daripada pertuduhan menjual dan mengedarkan buku yang bertentangan dengan undang-undang Islam.
Nik Raina berkata walaupun dari segi pandangan luar beliau kelihatan tenang tetapi Tuhan
sahaja yang tahu perasaannya.
“Ini merupakan pertama kalinya saya dapat betul-betul menghargai betapa nikmatnya perasaan kebebasan dan bersyukur kepada Allah kerana kebenaran telah didedahkan.
“Selama tiga tahun ini saya telah memikul beban yang amat berat; yang turut juga terkesan ialah ibu bapa dan keluarga saya. Saya berasa lega dan berharap pengalaman saya tidak akan dilalui oleh mana pihak terutamanya rakan sekerja saya yang hampir 90 peratus terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.
“Ada setengah pihak yang telah memandang serong terhadap saya sekeluarga dan sedih mengenangkan ibubapa yang terpaksa mengharungi trauma ini bersama,” kata Nik Raina dalam satu kenyataan media semalam.
Nik Raina juga berkata beliau dan keluarganya sangat terharu serta gembira dengan keputusan tersebut.
“Kini kami boleh meneruskan hidup seperti biasa. Saya masih lagi bertugas di Borders dan amat sukacita untuk meneruskan kerjaya saya kini sebagai Pengurus Pelatihan,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kata-kata dorongan kepada beliau selama tiga tahun melalui kes itu.
Nik Raina, 39, ditahan pada 30 Mei 2012 dan didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana ‘menyebar dan mengedar’ dengan kaedah menjual buku berjudul "Allah, Liberty and Love" (Allah, Kebebasan dan Cinta) yang kandungannya bertentangan dengan undang-undang Islam.
Dia didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Jun 2012, dan pada 22 Mac tahun lalu Mahkamah Tinggi membuka peluang perbicaraan semula kepada Berjaya Books.
Bagaimanapun, pada 30 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa serbuan dan rampasan buku Irshad Manji oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kedai buku Borders tidak sah di sisi undang-undang kerana dibuat tanpa sebarang pengumuman larangan atau pengharaman oleh pihak kementerian.
T K Letchumy Tamboo
Fri Feb 27 2015

Selama ini saya betul-betul rasa seperti dianiayai pihak berkuasa dan dijadikan mangsa keadaan, kata Pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Saya dianiaya pihak berkuasa, jadi mangsa keadaan - Nik Raina
Selama ini saya betul-betul rasa seperti dianiayai pihak berkuasa dan dijadikan mangsa keadaan, kata Pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina.