Dalam satu temubual eksklusif Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang disiarkan semalam, Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah digambarkan seolah-olah membenarkan perlakuan maksiat dalam kalangan orang Islam, walaupun di kediaman sendiri.
Beliau juga dilaporkan berkata, tidak akan ada lagi operasi mencegah khalwat yang lazim diamalkan pihak penguatkuasa ketika ini. Laporan itu telah menimbulkan ruang debat hangat, termasuk persepsi negatif ke atas diri beliau serta polisi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.
Bagi merungkai maksud sebenar kenyataan itu, Astro AWANI telah mendapatkan penjelasan dari Dr Mujahid
Soalan: Akan adakah lagi operasi khalwat waktu malam, kerana itu yang menjadi kekeliruan utama dalam perihal ini, dan sekiranya ada, bagaimana ia berbeza dengan SOP yang diamalkan sebelum ini.
Jawapan: Ramai pihak timbulkan berbagai persepsi dan juga berbagai tanggapan tentang kenyataan saya dalam temubual yang dibuat oleh surat khabar tersebut.
Saya telah jelaskan semua tajuk di dada akhbar di muka hadapan hari Sabtu, tidak mewakili rumusan yang ada di dalam temubual yang sebenarnya.
Saya tidak langsung menyebut tentang penguatkuasaan ini akan dihapuskan, mahupun tentang kata-kata seperti tiada lagi serbuan pada waktu malam contohnya, itu adalah lenggok bahasa yang diedit dan dirumus oleh editorial yang tidak ada kena mengena dengan saya.
Ada pun transkrip yang ada saya telah sebut dalam akaun Facebook saya di dalam itu soal yang adalah soal tentang pandangan saya terhadap beberapa aspek dari sudut penguatkuasaan, dari segi asasnya, dan bagaimana ia dapat dilaksanakan dengan lebih baik serta memahami kuasa-kuasa itu terletak di negeri.
Apa yang boleh dilakukan di pihak saya untuk memperbaiki salah guna kuasa dan kaedah yang lebih baik ialah dengan berbincang dan memberi nasihat menerusi platform pertemuan di peringkat Persekutuan dan penguatkuasa negeri melalui jabatan-jabatan agama negeri.
Itu yang saya sebut, bukan apa yang dipaparkan sedangkan isu sebenar yang lebih penting untuk kita bincang ialah bagaimana perkara ini boleh dibaiki agar tidak mencemarkan nama baik Islam kerana mereka menggunakan nama Islam ketika menjalankan penguatkuasaan, dan ini perlu kepada satu pencerahan, satu perincian yang lebih tuntas dan sesuai dengan dasar yang kita bawa hari ini iaitu Rahmatan Lil Alamin.
Perkara itu yang saya sebut di dalam temubual saya dan tidak ada apa yang saya sebut tentang berhentikan serbuan waktu malam dan sebagainya. Itu adalah lenggang lenggok bahasa, dan rumusan yang dibuat oleh pihak editorial.
Soalan kedua, bagaimana caranya untuk mendefinisikan 'ruang peribadi' atau 'personal sphere', atau 'ruang awam' atau 'public sphere'?
Bagaimana ia harus dibezakan, dan apakah contoh personal sphere itu telah mengganggu public sphere?
Jawapan: Ada pun persoalan yang lebih utama di dalam apa yang saya utarakan ialah tentang isu ruang peribadi atau personal spheres dengan ruang awam atau public spheres. Perbahasan ini bukan satu benda baharu, bahkan dibincangkan oleh para ulama dan juga mereka yang berbincang tentang soal moraliti di mana dalam konteks penguatkuasaan, dua ruang ini sentiasa menjadi garis panduan dan garis pemisah di dalam memahami usaha untuk melakukan penguatkuasaan moral.
Perbincangan ini lah yang menjadi asas sejauh mana pelaksanaan itu dapat dilaksanakan dengan mengambil kira dua ruang ini. Ruang peribadi yang dimaksudkan adalah apabila segala aktiviti yang dilakukan, khususnya dalam penarafan atau pentakrifan yang dikatakan apa itu tindakan perbuatan moral yang hari ini Islam kita kaitkan dengan benda-benda yang berdosa, apabila dilakukan secara tertutup dan dia berlaku dalam suasana tidak ada sesiapa yang mengetahui melainkan mereka yang duduk di dalam rumah itu sebagai ruang peribadi yang ada padanya.
Maka bagi pihak kami yang merupakan penguasa ataupun pemerintah dalam rangka penguatkuasaan terhadap standard moral-moral ini, kita merasakan bahawa itu adalah ruang peribadi atau private spheres yang walaupun pada penarafan saya, apa yang dilakukan di sebalik rumah mereka itu satu kesalahan, tetapi dalam konteks penguatkuasaan ia tidak menjadi tanggungjawab kerajaan walaupun sebagai seorang Muslim.
DEFINISI RUANG PERIBADI DAN RUANG AWAM
Saya tahu sesuatu itu berlaku di dalam private spheres dia, sudah tentu tanggungjawab jiran, tanggungjawab kawasan itu, orang yang mengenalinya, keluarganya, mestilah memberi nasihat. Tetapi apabila bercakap tentang penguatkuasaan dari segi pemerintah maka perkara-perkara tersebut bukan menjadi satu kerja kerajaan untuk mengetuk pintu dan melihat setiap rumah apakah yang mereka ikut ajaran ataupun buat dosa ataupun tidak. Itu maksudnya.
Manakala public spheres, ini bermakna ia merupakan ruang yang mempunyai kepentingan orang awam dan bukan semata-mata seorang dua individu, dan ia boleh ditafsirkan difahami sebagai menjaga ruang dan keselamatan serta segala perkara yang ada kena-mengena dengan perundangan. Ada perkara yang kena-mengena dengan budaya dan sebagainya.
Maka mana-mana pihak yang dengan perbuatan moralnya atau apa yang dikatakan dalam Islam sebagai perbuatan yang berdosa, jika dia mencerobohi ruang awam ini dengan secara terbuka minum arak, atau dengan secara terbuka melakukan perkara berdosa di sudut Islam, lalu tidak berasa benda itu bersalah, malah berbangga dengannya, maka di sinilah tanggungjawab pemerintah untuk memastikan maslahat atau kepentingan awam itu terpelihara.
Maka ketika itu barulah satu tindakan yang berasaskan kepada punca kuasa perundangan, SOP, yang boleh dilakukan sama ada ia merupakan kesalahan di bidang kuasa yang ada pada penguatkuasa agama, mahupun kesalahan yang ada di dalam bidang kuasa pihak polis, ataupun Bandaraya (DBKL), ataupun Majlis Perbandaran.
Perkara ini perkara yang biasa dibahaskan. Saya tidak tahu mengapa dalam kita cuba membaiki suasana dengan memahami realiti ruang awam dengan ruang peribadi itu ia menjadi kecoh seolah-olah kita tidak ada satu asas untuk bertindak dalam isu moral yang telah saya jelaskan.
Adapun persoalan yang menyatakan bagaimana kita boleh bezakan kuasa atau bidang serta ruang peribadi itu mencerobohi ruang awam ialah apabila orang di sekeliling itu merasai sesuatu perbuatan, walaupun di dalam rumahnya sendiri, boleh menimbulkan satu keadaan tidak tenteram kepada jiran, kepada mereka yang ada dikeliling kampung, ataupun rumah, ataupun taman
Sudah tentulah ia boleh dianggap sebagai menceroboh ruang awam. Di sinilah apabila ada aduan, aduan itu mesti berasas, mesti dikaji, mesti ditanya, kurang-kurang menggambarkan kehendak orang yang ada di keliling itu kerana mengganggu dari segi ketenteraman awam mereka, maka ketika itu barulah penguatkuasaan boleh berlaku mengikut SOP yang telah sedia ada, dengan kita membincangkan bagaimana hendak memperbaikinya, kerana ada orang yang mengadu sesuatu yang berlaku di sesebuah rumah itu, atas niat untuk mengaibkan dia, untuk memalukannya.
SALAH GUNA KUASA PENGUATKUASA
Oleh kerana saya telah mengemukakan masalah ini, ramai yang datang tampil memberitahu mereka menjadi mangsa penguatkuasaan agama. Apabila suami isteri yang berumah tangga pun diserbu masuk, mereka memecah masuk, mereka dengan kasar mengambil tindakan. Malah ada yang menangkap gambar, ada yang merakam video, ada yang mereka mengaibkan pelaku itu dengan mengugut, dan ada pula yang menyebarkan gambar-gambar tersebut untuk tontonan awam. Apakah ini pelaksanaan yang boleh dikatakan ikut Islam? Ini yang saya bincang, ini yang kita nak pastikan penguatkuasaan tidak menyalahgunakan kuasa mereka, dalam mengaibkan orang dan menimbulkan pelbagai masalah, memecah pintu, ada yang kerana takut, lari dan lompat dari tingkat atas, lalu mati.
Ini semua bukan cara Islam. Ini semua bukan kaedah yang diajar oleh Islam. Saya sebagai Menteri Agama, berhak untuk memberi pandangan saya bagi menjaga kepentingan yang lebih besar. Saya tidak bercakap tentang kuasa negeri nak buat ke tidak buat, itu masalah mereka. Dan saya amat memahami semua itu. Cuma, sebagai kerajaan baharu, kita nak supaya Islam itu dipelihara dengan lebih murni, dengan lebih baik, dengan asas Rahmatan Lil Alamin yang kita perjuangkan. Bukan itu bermakna kita membiarkan maksiat, kita biarkan orang berzina di dalam rumah mereka, itu masalah yang dosa tetap dosa.
Ini lah saya fikir yang lebih bahaya, yang saya lebih khuatir, saya lebih bimbangi ialah mentaliti masyarakat termasuk golongan agamawan yang melihat seolah-olah dosa itu kita boleh buat apa saja kepada yang melakukan dosa tanpa kita memerhatikan kaedah-kaedah untuk kita menyekat kemungkaran yang ada sehingga kita melanggar prinsip seperti mengintip, mengaibkan pesalah yang hari ini saya tidak melihat walaupun bukan semua, tapi kes penangkapan, penguatkuasaan ini telah menceroboh perkara yang saya sebutkan tadi.
Semalam Perdana Menteri diminta komen mengenai perkara ini. Secara amnya, beliau bersetuju dengan pendapat Datuk, bahawa Islam tidak mengajar kita mencari salah seseorang. Namun kenyataan beliau boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara. Adakah perkara ini telah dibincangkan terlebih dahulu dalam kabinet?
JAWAPAN: Adapun kenyataan Tun Dr Mahathir menyebut apa yang saya sebut dalam laporan berita itu sudah tentulah benda yang selama ini Tun Mahathir secara tegas menyebut, khususnya dalam pertemuan kita dengan para alim ulamak ketika kita baru ambil alih kerajaan. Kita sebut Islam yang kita nak paparkan bukan Islam yang hanya menghukum dan menangkap orang, tapi Islam yang dalam aspek lain, mendidik, menerapkan budaya al-Quran dengan segala sifat yang ada.
Islam yang juga melalui pembudayaan tentang hormat-menghormati dan berpegang kepada ajaran al-Quran, adalah Islam yang kita nak bawakan. Sebab itu kita ada konsep Rahmatan Lil Alamin.
Sebab itu apabila Tun Mahathir menyokong kenyataan saya tentang Islam bukan hanya menangkap orang dari sudut kesalahan dan salah guna kuasa yang ada oleh mereka yang punya penguatkuasaan agama, bagi saya itu satu kenyataan konsisten dengan sikap kita selama ini dan ia menggambarkan tentang hasrat kita yang lebih besar dalam membaiki aspek-aspek pentadbiran Islam, khususnya penguatkuasaan. Bukan sebab kita nak hapuskan, nak buang, soal kita tidak menghormati budaya untuk menguatkuasakan kemungkaran, itu bukan isunya. Dan Tun Mahathir menyebutnya dengan jelas bahawa Islam bukan suruh orang, biar sampai pecah pintu masuk atas nama kononnya nak menyekat maksiat dan sebagainya. Itu yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir ketika mengulas kenyataan saya.
SOALAN: Laporan itu juga telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan golongan Melayu konservatif. Pandangan Datuk?
JAWAPAN: Saya amat memahami laporan dari segi tajuk yang kemudiannya diambil oleh suratkhabar lain dengan membawa tajuk, kepala tajuk akhbar The Star itu, sudah tentulah akan menimbulkan pelbagai soalan. Yang satu lagi saya bimbang ialah, sesetengah mereka, khususnya di media sosial, mereka tidak meneliti bahkan tidak membaca pun interview yang didalamnya. Lalu mengambil kepala tajuk itu tanpa meneliti apa sebenarnya yang saya telah katakan.
PEMBUNUHAN KARAKTER
Ini pun satu masalah, kerana ada orang mengambil kesempatan untuk merendah-rendahkan, terhadap sesuatu laporan dan dalam hal ini, kita merasa kesal kerana masyarakat kita ini dibudayakan dengan character assassination daripada melihat sebenarnya apa yang disebut orang itu.
Tak perlu saya melayan karenah kelompok ini kerana bagi saya, mereka secara tidak langsung mendedahkan tahap pemikiran mereka terhadap isu ini.
Apa pun kenyataan pihak berwajib seperti Mufti dan sebagainya, saya menyanjung pandangan Mufti Pulau Pinang yang telahpun memberikan satu ruang untuk mendapat penjelasan terlebih dahulu, dan memahami isu yang dibawa ini, lebih fundamental ialah soal ruang peribadi dan ruang awam yang dalam Islam telah dibahas begitu panjang, termasuklah Mufti Perlis yang juga telah menulis perkara ini sejak 2011 lagi, yang jelas dalam soal peribadi dan ruang awam, di mana orang Islam katanya lebih suka melihat ruang peribadi, tetapi ruang awam yang melibatkan rasuah, jenayah, curi duit rakyat, tidak menjadi perkiraan mereka. Inilah masalah yang cuba diketengahkan.
SAYA MAAFKAN KRITIKAN MEREKA, BIARPUN MEREKA TIDAK CUBA MEMAHAMI
Mufti lain saya tidak ada komen kerana saya juga faham mereka hanya mengulas mengikut kepala tajuk ataupun apa yang orang salurkan kepada mereka. Jadi bagi saya, saya memaafkan pandangan yang begitu tidak berasaskan kepada fakta dan tidak membaca secara menyeluruh apa yang sebenarnya yang saya kata.
Dan walaupun di sebalik kita buat penjelasan bahawa itu yang saya katakan, ada sesetengah kelompok pula kata - “aa itu dah kena tekan, dia U-turn pula”. Ini pun satu budaya masyarakat kita yang saya amat kesal kerana dia tidak dibudayakan atas fakta, dibudayakan atas ilmu dan keilmuan, tapi dibudayakan atas kita kata perkara-perkara emosi, sentimen, dan lebih teruk daripada itu cuba memaksa kehendak apa yang mereka mahu di mulut orang yang berkata, sedangkan kita tidak berkata demikian.
Kepada mereka yang merasakan perkara ini, khususnya dalam kalangan konservatif Melayu yang kononnya saya ini telah lari dari agama dan malah tidak menghormati undang-undang, dan membiarkan maksiat berlaku, saya tidak perlu komen sebab manusia khususnya kita ini kadang-kala satu perkara itu dia cuba kaitkan dengan perkara lain, sedangkan perkara yang kita bincangkan ini adalah bagaimana sebagai kerajaan, dalam perlaksanaan tanggungjawab menguatkuasakan moral.
Ia perlu dibuat secara halus dan berhati-hati kepada dua ruang yang saya sebutkan tadi, dengan kalaupun ada hak untuk kita menguatkuasa, juga perlu baik pulih SOP, cara, kehendak, yang ada di dalam falsafah Rahmatan Lil Alamin.
Itu saja yang saya sebut, dan kalau mereka rasa saya salah, maka saya tak tahulah apa yang betul dalam konteks dan fahaman mereka sehingga ini boleh menjejaskan imej Islam yang sebenarnya.
Firdaus Azil
Sun Oct 07 2018
Mujahid tidak langsung menyebut tentang penguatkuasaan ini akan dihapuskan, mahupun tentang kata-kata seperti tiada lagi serbuan pada waktu malam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Astro, Premier League perangi cetak rompak dengan kempen 'Boot Out Piracy'
Astro dan Premier League mengambil peluang untuk sekitar menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital melalui kempen 'Boot Out Piracy'.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.