Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan memakan telur penyu yang dihidangkan di hadapannya semasa satu majlis di Sabah baru-baru ini.
Tegasnya, walaupun mengakui telur penyu itu berada di hadapannya namun dia tidak menyentuhnya kerana mengambil ubat kolesterol.
"Telur penyu di hadapan bukan bermakna saya makan telur itu.
"Saya tidak makan telur penyu kerana makan ubat kolesterol, kolesterol saya tinggi, " katanya dalam satu pesanan WhatsApp kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Rabu, gambar Ismail duduk semeja bersama Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib sambil menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut dipercayai di Sandakan menjadi viral.
Kelihatan kira-kira dua dozen telur penyu dihidangkan di atas meja berkenaan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun juga mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa dan menggesa agar semua pihak menunggu keputusan hasil siasatan dalam masa terdekat.
Di Sabah, penyu dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
Menurut Seksyen 41 Enakmen itu, ia adalah satu kesalahan untuk memiliki haiwan-haiwan itu atau produk (telur) spesis itu, di mana sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 04 2015
Pada Rabu, gambar Ismail duduk semeja bersama Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib sambil menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut dipercayai di Sandakan menjadi viral. - Gambar Fail
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
'Saya makan ubat kolesterol, memang tak makan telur penyu' - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan memakan telur penyu yang dihidangkan di hadapannya semasa satu majlis di Sabah baru-baru ini.