Lima puluh tahun dahulu, tiada siapa sangka manusia pertama boleh menjejakkan kaki ke bulan, namun sejarah itulah yang terlakar selepas angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong berjaya membuktikan sebaliknya.
Misi itu bermula pada 16 Julai 1969 apabila Amerika Syarikat menghantar ‘hero’ mereka, Armstrong, Edwin Aldrin, dan Michael Collins sebagai taruhan bersama tunggangan mereka yang dikenali sebagai “Eagle”.
Empat hari selepas itu, modul itu berjaya menyentuh permukaan bulan dan Armstrong menjadi manusia pertama meninggalkan tapak kaki di permukaan lunar bersama ungkapan keramat; “Itu adalah satu langkah kecil bagi manusia; satu lompatan gergasi bagi umat manusia.”
Sempena 5 abad ekspedisi tersebut, Astro AWANI berpeluang menemubual Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bagi mendapatkan pandangan peribadi beliau mengenai sejauh mana misi tersebut mengubah sistem inovasi dan teknologi dalam dunia aeroangkasa.
“Tujuan utama program angkasa adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar di luar sana dengan harapan, bukan untuk melahirkan lebih ramai angkasawan kerana kosnya terlalu tinggi.
“Sebaliknya, ia lebih untuk menghasilkan lebih ramai doktor, saintis dan jurutera aeroangkasa yang melibatkan diri dalam ilmu sains, dan kita lihat kini ramai terlibat dalam bidang-bidang tersebut.
“Jadi, ini adalah harapan Malaysia sendiri untuk menghasilkan lebih ramai ke arah menjadi Malaysia sebuah negara maju,” katanya kepada Astro AWANI dalam temu bual eksklusif di Planetarium Negara, pada Jumaat.
Berkongsi lebih lanjut, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui pernah bertentang mata dengan Amstrong dan beberapa angkasawan lain yang telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan.
Menyifatkan pertemuan itu sebagai kenangan yang cukup bermakna, Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak menafikan bahawa wujud segelintir pihak yang menganggap pengembaraan Amstrong dan rakan-rakannya hanyalah mitos semata-mata.
Armstrong meninggal dunia pada 2012 ketika berusia 82 tahun.
“Manusia memang menjejakkan kaki ke bulan, malah 12 manusia sudah ke sana. Saya sendiri berjumpa dengan Armstrong dan dua lagi manusia (yang pergi ke bulan), bahkan ada antara mereka yang masih hidup.
“Saya sendiri telah pergi ke NASA dan melihat teknologi yang mereka ada untuk melancarkan roket angkasa lepas jadi amat penting untuk kita mendidik masyarakat di luar sana khususnya para pelajar agar mereka sedar betapa pentingnya mempelajari ilmu sains,” ujar bapa kepada empat cahaya mata itu.
Nyata, kejayaan Apollo 11 bukan misi terakhir sebaliknya pada November 1969, sebuah lagi roket Apollo 12 telah meluncur gah ke angkasa bersama angkasawan Charles Conrad dan Alan bean – berjaya membawa pulang 35 kilogram (kg) sampel dari permukaan bulan pulang ke bumi.
Eskpedisi terakhir manusia ke bulan adalah menggunakan Apollo 17 dan Amerika Syarikat bertekad untuk mencipta sejarah menghantar manusia ke bulan pada tahun 2024.
Melihat kepada misi tersebut, Dr Sheikh Muszaphar berkata ia bukan sesuatu yang mustahil, malah menegaskan bahawa para saintis telah mempunyai kajian yang mencukupi termasuk keyakinan untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada 2033.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa misi sebenar untuk melahirkan lebih ramai saintis dan doktor masih belum tercapai.
Jelas beliau, pendekatan yang lebih menyeronokkan perlu diterapkan dalam sistem pendidikan khususnya di Malaysia dalam memastikan negara ini sebaris dengan negara maju lain dalam dunia aeroangkasa.
“Jadi, ini adalah suatu yang membimbangkan. Kita harap kerajaan khususnya Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam bagaimana untuk membuatkan subjek Sains lebih menarik, seterusnya melibatkan diri dalam bidang tersebut,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar merupakan warga Malaysia pertama meneroka angkasa lepas dan ia adalah hasil program yang dilhamkan pada 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang warga Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada program pembelian 18 jet pejuang Sukhoi buatan Rusia bernilai RM3.4 bilion.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 20 2019
Berkongsi lebih lanjut, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui pernah bertentang mata dengan Amstrong dan beberapa angkasawan lain yang telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan. GAMBAR Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Liga Arab desak Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin
"Deklarasi Balfour terus menjadi luka yang mendalam dalam hati nurani manusia akibat Nakba yang dialami oleh rakyat Palestin."
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Kiddocare: Transforming Childcare with Tech, Trust and Empowerment
On-demand platform Kiddocare is not only meeting the rising need for flexible childcare solutions but also empowering women by creating real job opportunities in a sector often viewed as informal. Founder and CEO Nadira Yusoff takes us through her exciting plans to launch childcare centres and expand regionally, all while striving to professionalise the childcare industry.
'Saya pernah jumpa Neil Armstrong' - Angkasawan Negara jawab mitos ekspedisi ke bulan
Berkongsi lebih lanjut, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui pernah bertentang mata dengan Amstrong.