“Sebagai bapa, saya ralat dengan apa yang terjadi. Kalau disebabkan kecuaian, saya faham. Namun jika sebaliknya, saya minta keadilan untuk anak saya,”.
Demikian merupakan luahan hati bapa bayi malang, Naufal Amsyar Nabil Fikri 10 bulan yang meninggal dunia hari ini selepas dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya di Taman Sialang, Tangkak Muar Johor.
Nabil Fikri Anwar, 28 tahun berkata, dia dan isteri kini memberi tumpuan kepada urusan pengkebumian Naufal Amsyar yang mengalami kecederaan parah di kepala termasuk lebam dahi kiri, pendarahan di mata serta tempurung kepala retak.
Menceritakan lebih lanjut, Nabil Fikri berkata, beberapa jam sebelum anak tunggalnya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), ujian neurologi telah dijalankan dan keputusan perkembangan keadaan anaknya adalah negatif.
Sejurus sahaja mengetahui keputusan itu, Nabil Fikri dan isteri, Noraziqah Rohmat, 23 tahun hanya berserah kepada Ilahi walaupun mengharapkan Naufal Amsyar kembali pulih seperti biasa.
Namun, dia reda apabila anaknya itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi dan menerima takdir yang telah ditentukan untuknya dan isteri.
“Kami terima takdir ini dan hanya dapat bersama dengan Naufal Amsyar selama 10 bulan sahaja.
“Saya cuma hendak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sekarang ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti hasil bedah siasat sekali gus mendapatkan punca apa yang sebenarnya berlaku.
“Saya tidak mahu tuduh atau tuding jari kepada mana-mana pihak. Saya sedia beri kerjasama demi keadilan anak saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan HPSF, Muar pada Sabtu.
Nabil Fikri hanya menagih kejujuran dan ketelusan daripada pengasuh anaknya supaya menceritakan perkara sebenar yang berlaku.
Selasa lalu, bayi malang terbabit dimasukkan ke HPSF setelah dirujuk dari Hospital Tangkak apabila terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.
Naufal Amsyar dipercayai terjatuh dari buaian sebanyak dua kali sebelum ini ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.
Ekoran itu, seorang wanita berusia 35 tahun yang juga pengasuh bayi terbabit kini direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam pada itu, jenazah Naufal Amsyar dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang setelah urusan bedah siasat selesai dilakukan.
Sehingga jam 3 petang ini, proses bedah siasat masih belum selesai.
Astro Awani
Sat Jul 21 2018
NABIL FIKRI reda dengan pemergian anak kesayangannya Naufal Amsyar ketika ditemui di pekarangan HPSF, Muar pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
MKI sahkan ajaran GISBH, Nasiruddin Ali sesat dan menyeleweng
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September lalu.
Mahkamah Agung Brazil dikosongkan selepas dua insiden letupan, seorang maut
Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan selepas dua letupan berlaku di luar bangunan berkenaan pada Rabu malam.
Subsidi elektrik RM3.45 bilion untuk Sabah sebelum serah kuasa kawal selia - Amir Hamzah
Kerajaan Persekutuan komited untuk subsidi elektrik RM3.54 bilion selama 7 tahun sehingga tahun 2030, sebelum serah kuasa kawal selia kepada Sabah.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.
#AWANIRingkas 14 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 November 2024
1️⃣ Tumpuan sidang Parlimen
2️⃣ Jumlah wang tidak dituntut RM12.8 bilion
3️⃣ Pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan sidang Parlimen
2️⃣ Jumlah wang tidak dituntut RM12.8 bilion
3️⃣ Pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia
#awaniringkas
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
AWANI Pagi: Inovasi sistem pemakanan automatik berpusat untuk industri akuakultur ikan keli (s-SSBA)
Saksikan wawancara eksklusif AWANI Pagi bersama Dr. Ros Saidatunnaziah Md Yusoff, Ketua Pusat COT, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, dan Izhar Ahmad, Ketua Penyelidik PPRN 2.0, yang akan membincangkan inovasi s-SSBA, teknologi IR 4.0 dan IoT dalam sistem pemakanan ikan keli, serta impaknya terhadap industri, pelajar, dan masyarakat.
Serangan ke atas agensi PBB cara Israel "hapus" rakyat Palestin daripada sejarah
Serangan ke atas UNRWA adalah sebahagian tindakan 75 tahun Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 November 2024
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan menyaksikan tekanan jualan berterusan apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati susulan kebimbangan Donald Trump akan memperkenalkan tarif baharu ke atas perdagangan asing, terutamanya yang menyasarkan China.
Tiada pengakuan baharu daripada pengasuh Naufal Amsyar
Tiada pengakuan baharu dibuat pengasuh yang ditahan berhubung kematian Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan di rumah wanita itu di Tangkak.
Bapa harap Naufal Amsyar kembali pulih
Nabil Fikri juga memaklumkan kondisi anaknya masih sama dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan selain dipantau rapi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, Johor.
Bayi berulat ditemui berhampiran pusat pembuangan sampah
Mayat seorang bayi berulat ditemui orang awam di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, di sini semalam.
Bayi perempuan lengkap berpakaian, bersarung tangan dan kaki ditinggalkan
Seorang bayi perempuan ditemui lengkap berpakaian di tangga sebuah rumah di Kampung Bechah Salak, Kuala Krai awal pagi tadi.