"Saya tahu anak saya dalam keadaan ketakutan biarpun dia menyatakan mereka sekeluarga selamat di sana," demikian luahan Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara.
Maznah, 63, merupakan ibu kepada Iza Karmila Ramli, 33, iaitu isteri penasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang, Mohd Nor Azrin Md Zain yang masih berada di Korea Utara bersama tiga lagi anak mereka selepas tidak dibenarkan meninggalkan negara itu sejak 7 Mac lalu.
Tiga anak Iza Karmila dan Mohd Nor Azrin yang berasal dari Perlis adalah Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah.
Maznah, yang juga suri rumah sepenuh masa berkata kali terakhir beliau bercakap dengan anaknya adalah pada petang Selasa lepas menerusi panggilan telefon selama beberapa minit.
"Dia menyuruh saya banyak bersabar dan jangan risau kerana tiada yang serius berlaku, tetapi sebagai seorang emak saya tahu dia dalam ketakutan cuma tidak mahu saya risau," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini hari ini.
BACA: Dua rakyat Malaysia dibenar tinggalkan Korea Utara
BACA: Kuala Lumpur teliti apa kehendak sebenar Pyongyang - PM
Semenjak anak ketiganya daripada enam beradik itu dilarang meninggalkan Korea Utara, Maznah berkata sebagai ibu, perasaan risau dan gelisah setiap masa memang tidak boleh dielakkan apatah lagi untuk tidur dengan nyenyak.
"Kita tahu macam mana negara tersebut, memang sensitif jika melibatkan negara mereka dan saya sangat susah hati memikirkan perkara itu," katanya sambil menambah sukar untuk menghubungi anaknya kerana sekatan komunikasi.
Iza Karmila merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi kini sedang bercuti kerana mengikuti suaminya bertugas sejak dua tahun lepas dan kali terakhir kembali ke tanah air adalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Beliau berkata semenjak anaknya tinggal di Korea Utara, dia tidak pernah menceritakan sebarang permasalahan kecuali kesukaran mendapatkan bekalan makanan halal.
"Cuma semenjak ditahan, pergerakan memang terbatas kerana dia sekeluarga sendiri takut untuk keluar dari kawasan kedutaan termasuk menghantar anak ke sekolah," katanya.
Bercerita lebih lanjut, Maznah berkata dia mengetahui anaknya bersama keluarga serta rakyat Malaysia lain tidak dibenarkan meninggalkan Pyongyang melalui seorang daripada ahli keluarga dan berasa sangat terkejut.
Sebagai ibu, beliau hanya mampu melakukan solat hajat memanjatkan doa supaya segala kemelut dapat diselesaikan secepat mungkin dan semua rakyat Malaysia di sana selamat pulang ke tanah air.
"Malah, hari ini anggota keluarga mengadakan majlis tahlil serta doa selamat untuk mendoakan keselamatan keluarga anak saya di sana," katanya.
Sebelas rakyat Malaysia termasuk tiga pegawai kedutaan dihalang daripada meninggalkan Korea Utara sebagai tindak balas sejurus Malaysia mengusir keluar dutanya, Kang Chol selepas diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.
Namun dua rakyat Malaysia yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini telah selamat tiba di Beijing.
Kang Chol diusir selepas kerajaan Malaysia mengisytiharnya sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan setelah gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra, pada 6 petang 4 Feb lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata semua rakyat Malaysia termasuk pegawai kedutaan dan keluarga di Pyongyang selamat selain bebas menjalani kehidupan harian seperti biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017

"Saya tahu anak saya dalam keadaan ketakutan biarpun dia menyatakan mereka sekeluarga selamat di sana," demikian luahan Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara. - fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.

Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.

Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.