Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau masih memerlukan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diterajui oleh Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, khidmat mereka diperlukan bagi menyelesaikan kesemua isu berkaitan walaupun sudah melebihi tempoh 100 hari.
“Ia tak akan dibubarkan. Mereka kata tempoh mereka semakin hampir tetapi saya masih tidak membuat sebarang keputusan kerana saya tak pernah cakap tempoh khidmat mereka hanya selama 100 hari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.
Daim sebelum ini dilaporkan memberitahu pemberita bahawa tempoh perkhidmatan CEP hanya selama 100 hari, dan perkara itu turut diulangi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk VK Liew sewaktu sidang Dewan Rakyat beberapa minggu lepas.
Firdaus Azil
Thu Aug 16 2018

Tun Mahathir berkata berkata, khidmat mereka diperlukan bagi menyelesaikan kesemua isu berkaitan walaupun sudah melebihi tempoh 100 hari.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.

Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame
"Jangan cuba menenangkan hati kononnya ekonomi akan pulih penghujung tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya."

Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan
Bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak dapat memberi kepastian sejauh mana cadangan CEP memberi kesan kepada dasar kerajaan.

ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo
Mengikut perjanjian itu, Malaysia tidak perlu bayar untuk enam tahun pertama, dan itu akan diturunkan pada generasi seterusnya.

Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.

ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis
Perjanjian mengenai Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka ditandatangani akan membuka peluang ekonomi terutama kepada penduduk di Pantai Timur.

Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.

Pasukan perundingan ECRL China berkunjung ke Malaysia bulan ini - Daim
Pasukan perundingan daripada kerajaan China dijangka berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan projek ECRL Malaysia, yang pelaksanaannya masih belum diputuskan.

Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.

Hakikatnya khidmat CEP sudah tamat - Jomo
Jelas ahli CEP itu, anggotanya akan terus memberi bantuan nasihat kepada kerajaan, namun bukan melalui CEP.