Persoalan tindakan bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi yang tidak bertanding sebagai calon bebas di P.150 Parlimen Batu Pahat terjawab apabila beliau memuat naik kenyataan media di laman sosial Facebook miliknya.
Mohd Puad berkata tindakan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Katanya, sebagai rakyat Johor yang setia, dia akur dan patuh serta yakin nasihat itu diberikan atas kepentingan 'Bangsa Johor'.
"Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya, saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan Bangsa Johor.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor di atas keprihatinan, tunjuk ajar dan nasihat baginda yang sudah tentu banyak hikmahnya," katanya yang memilih untuk menghadiri majlis bertandang anak perempuannya, Nur Hanini Mohd Puad, di sebelah pihak lelaki di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Sebelum ini, Mohd Puad menyuarakan hasrat untuk menjadi calon bebas ekoran tidak puas hati namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selain mendakwa terdapat kerosakan pada pemilihan calon dalam UMNO.
BACA: Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon
Namun, sehingga tempoh penamaan calon tamat, kehadiran Mohd Puad tidak kelihatan untuk memberikan saingan.
Pada PRU14, Parlimen Batu Pahat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Haliza Abdullah, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan Mahfodz Mohamed dari Pas.
Shahrul Hassan
Sat Apr 28 2018
Mohd Puad berkata beliau memutuskan untuk tidak bertanding setelah mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - BERNAMA/Fail
Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL, Putrajaya
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 20 tawaran
Calon Bebas Nyau Ke Xin hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi 20 tawaran.
PRK Pelangai: Bertanding calon Bebas, Pemuda UMNO Bentong dipecat - Ahmad Zahid
Walaupun beliau menjadi calon Bebas, secara automatik mulai hari ini keahlian beliau gugur, kata Ahmad Zahid.
PN tidak tergugat kemasukan calon Bebas di PRK Pelangai
PN Pahang tidak akan tergugat dengan kehadiran calon Bebas yang dikatakan akan merebut kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.
PRN: Calon Bebas gagal peroleh sebarang kerusi
Seramai 41 calon Bebas bertanding pada PRN kali ini di enam negeri yang terbabit.
PRN: DAP pecat empat ahli menentang calon parti
DAP memecat empat ahlinya susulan menentang calon yang diberi kuasa parti dalam pilihan raya untuk memilih wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen berkuatkuasa serta merta.
Pas pecat ahli tanding Bebas - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, tindakan itu dianggap melanggar disiplin parti.
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.
PRU15: Uncle Kentang mahu ubah minda rakyat terhadap 'calon tanpa beban politik'
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bersedia dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana bersaing dengan pihak lawan yang hebat dalam politik.
PRU15: Calon Bebas boleh menang jika ketokohan dikenali - Penganalisis
Katanya, pengundi masa kini tidak memilih berdasarkan gabungan atau parti, tetapi melihat kepada kemampuan calon untuk berkhidmat.